ISU SEMASA
Warga Emas 96 Tahun Bongkar Rahsia Kesihatan

Warga Emas 96 Tahun Bongkar Rahsia Kesihatan
Sangat terinspirasi dan boleh dijadikan idola, Che Dah seorang warga emas membongkar rahsia kesihatan di HMetro mengenai petua kelihatan sihat selain mampu bergerak dan memiliki penglihatan yang masih jelas ialah dengan sentiasa mengkhatamkan Al Quran seminggu sekali. Ikuti cerita insan yang boleh dijadikan idola ini.
Che Dah Ibrahim atau dikenali Hajah Che Dah bersyukur kerana diberi kesempatan, malah dirinya masih kuat dan boleh melakukan pekerjaan seperti biasa termasuk mengangkat barang tidak terlalu berat. Katanya, pemeriksaan ujian darah di hospital juga mendapati dia hanya menghidap darah tinggi dan masalah jantung yang tidak serius.
“Mak cik mempunyai hobi yang sangat menarik sejak usia muda lagi iaitu suka anyam tikar mengkuang. “Pada waktu lapang pula, mak cik suka menghabiskan masa dengan membaca al-Quran. Boleh dikatakan setiap minggu mak cik khatam al-Quran,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Che Dah berkata, keunikan hasil daripada kekerapan membaca al-Quran itu juga membuatkan penglihatan dia masih jelas.
“Saya pakai cermin mata tapi jarang-jarang ada kalanya ketika baca al-Quran saja. Malah, mak cik kenal setiap gambar dipaparkan khususnya tokoh politik,” katanya.
Menurutnya, pada usianya itu Che Dah turut dikagumi jiran dan masyarakat setempat yang mengenalinya. “Ramai juga jiran dan saudara-mara datang ke rumah melawat dan saya bersyukur kerana usia hampir mencecah 100 tahun, malah saya berharap terus dipanjangkan umur,” katanya. Hasil perkahwinannya dengan arwah suami, Saat Sulaiman dikurniakan lapan cahaya mata, empat lelaki dan empat perempuan selain mempunyai lebih 62 cucu serta 83 cicit.
Rasulullah s.a.w menekankan kepada kita supaya meluangkan seberapa banyak masa untuk membaca dan memahami Al Quran. Secepat-cepat tempoh masa yang boleh khatam Al Quran adalah selama 3 hari dan selewat-lewatnya jangan melebihi dari sebulan. Sebaik-baiknya Al Quran dikhatamkan bacaannya dalam tempoh seminggu. Beberapa sahabat Rasulullah s.a.w yang masyhur seperti sayyidina Uthman, Zaid Ibn Thabit, Ibn Mas’ud dan lain-lain mengkhatamkan Al Quran dalam masa seminggu dengan dibuat penyusunan surah-surah seperti berikut :
Marilah kita berazam dan mulakan hari ini. Mulakan dengan khatam setahun sekali, kemudian dua, tiga, empat kali setahun. Setelah ianya dilazimi dan sudah menjadi amalan wajib harian, maka pastikan sebulan sekali khatam. Dan seterusnya, sehingga kita dapat khatam seminggu sekali. “Kadar kebahagiaan seseorang bergantung kepada kadar bacaan Al Quran seseorang”. Kata-kata yang perlu disematkan di dalam hati. SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.
Sumber: nasihatustaz
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
VIRAL11 months ago
2 minggu anak tak makan sampai tinggal tul4ng, mak ayah bagi al4san terlalu sibuk bekerja
-
VIRAL10 months ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
KELUARGA4 years ago
Mampu Kumpul Rm12,000 Dalam Tiga Bulan. Lelaki Bergaji Rm800 Ini Kongsi Tips
-
HIBURAN4 years ago
Kerana Membeli Secara Online, Lelaki Ini Menangis Sebaik Sofa Sampai Ke Rumah
-
IKTIBAR4 years ago
“Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah”
-
INSPIRASI3 years ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
PETUA4 years ago
Inilah 5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
-
AGAMA3 years ago
Larangan Menggantung Gambar Kahwin Serta Keluarga. Ini Jawapan Mufti Wilayah