KELUARGA
Wahai Suami..Kerana Terlalu Melihat ‘Derhaka’ Isteri, Kau Lupakan ‘Derhaka’ Sendiri

Jangan Terlalu Melihat ‘Derhaka’ Isteri, Sehingga Lupakan ‘Derhaka’ Sendiri. Teguran Buat Encik Suami.
BIASA kita dengar, isteri wajib ikut perintah suami, perlu faham kehendak suami. Lalu, dek kerana takut dengan dosa melanggar arahan suami, maka si isteri pun ikut walaupun terpaksa. walaupun kecewa.
Namun, berapa ramai suami yang faham, atau paling tidak pun ‘cuba’ untuk memahami isteri? Kata-kata macam mana yang si isteri suka? Arahan macam mana yang membuatkan isteri boleh terima tanpa terpalit perasaan ‘terpaksa’. Cubalah fahami.
Jangan terlalu melihat ‘derhaka’ isteri, sehingga kita melupakan ‘derhaka’ kita sendiri. Sama-sama kita hadam perkongsian indah dari Mizan Dzai di bawah.
Istilah Suami Derhaka
Kalau isteri menyakiti hati suami, tandanya derhaka pada suami tapi bagaimana kalau suami menyakiti hati isteri?
Jawapan Ustaz:
Berdosalah juga cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditandai oleh Malaikat sebagai derhaka pada Allah SWT.
- Kerana isteri, rezeki kau bertambah.
- Kerana isteri, maka lahirlah zuriat kau.
- Kerana isteri, makan pakai kau dijaga.
- Kerana isteri, tenang hati kau.
- Kerana isteri, lembut pemandangan mata kau.
Kerana isteri adalah satu-satunya manusia yang boleh melihat cacat cela kau yang tersembunyi dari pandangan mata kau dan masih menerima kau seadanya.
Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka walaupun kecil di mata kau tapi besar untuk dirinya.
Setiap peluh yang menitik, yang dikerjakan untuk keluarganya, setiap air mata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda dia isteri yang terbaik buat kau wahai yang bergelar suami.
Mengapa Wanita sering menangis?
JawabNya:
- Kerana Wanita itu unik. Aku ciptakan mereka sebagai makhluk yang istimewa.
- Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya.
- Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman
- Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.
- Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah.
Aku beri dia naluri untuk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yang disayangi.
Wanita makhluk yang tabah dan kuat. Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana aku beri air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
Wanita itu tersangatlah istimewa.
Kirimkan pada Wanita yang kau sayangi. Kirimkan juga pada lelaki agar mereka lebih menghargai Wanita. Dan agar kau tahu bahawa Wanita itu adalah ciptaan Allah yang istimewa.
sumber:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.