IKTIBAR
Video Tindakan Keluarga Dari Malaysia Ini Tular Hingga Luar Negara

(Video) Tular Hingga Luar Negara, Tindakan Keluarga Dari Malaysia Ini Wajar Dicontohi
Mahu atau tidak, kita perlu akui bahawa kesedaran masyarakat di negara ini berkenaan kebersihan alam sekitar masih lagi rendah. Bukan sahaja berkaitan pencemaran, tetapi sampah sarap masih lagi bertaburan di sisi-sisi jalan raya, koridor bangunan atau laluan pejalan kaki di negara ini.
Oleh itu, usaha untuk mempertingkatkan kesedaran masyarakat perlu diperluaskan lagi agar perkara ini tidak akan terus membawa keburukan kepada nama baik negara ini di mata pelancong, terutamanya.
Usaha untuk melakukannya bukan hanya terletak di bahu kerajaan sahaja, tetapi kita sebagai rakyat juga boleh memupuk nilai kebersihan pada orang lain, termasuk pada ahli keluarga sendiri dari rumah lagi.
Mungkin itulah yang cuba dilakukan oleh sebuah keluarga yang sedang bersenam di satu kawasan yang dipercayai bertempat di Putrajaya ini. Apa yang menarik ialah sambil mereka bersenam, keluarga ini turut mengambil kesempatan untuk membersihkan kawasan sekitar laluan mereka berlari ketika itu.
Video mengenai perbuatan keluarga ini telah dikirimkan oleh Perbadanan Putrajaya di Facebook mereka pada awal bulan lalu, namun ia hanya menjadi tular baru-baru ini. Keluarga itu bukan sahaja mengutip sampah yang berada di laluan mereka, namun mereka juga dilihat masuk ke kawasan semak di sisi laluan semata-mata untuk mengutip sampah.
Tambahan pula, keluarga ini disertai oleh dua orang anak yang masih kecil dan tindakan dua orang dewasa dipercayai ibu bapa mereka itu jelas mendapat pujian netizen dan mengakui perbuatan keluarga ini wajar dicontohi semua orang.
Malah, video ini telah tular sehingga ke luar negara apabila dikongsikan beberapa akaun antarabangsa termasuk @IlmFeed di Twitter.
Malaysian family caught on camera! 😮 pic.twitter.com/xUIAKycDEc
— IlmFeed (@IlmFeed) June 27, 2019
Sumber: FB Perbadanan Putrajaya via siakapkeli
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.