Connect with us

KESIHATAN

Untung Siapa Main Permainan Outdoor Orang Dulu. Rupanya Bagus Untuk Otak.

Published

on

Permainan Outdoor Orang Dulu

Untung Siapa Main Permainan Outdoor Orang Dulu. Rupanya Bagus Untuk Otak.

Rupanya Permainan Outdoor Orang Dulu, Bagus Untuk Otak. Rugi Kalau Anak Zaman Sekarang Tak Main!

Buat kita ibu ayah yang lahir pada zaman antara tahun 70an hingga 90an, jika ingin diimbau kenangan bermain di zaman kanak-kanak tentu ianya menjadi antara momen terindah dan paling menyeronokkan dalam hidup. Bahkan tidak dinafikan, mengingati saat tersebut membuatkan kita berasa rindu untuk kembali ke zaman silam.

Jadi apa kata kali ini kita throwback kembali antara permainan zaman kanak-kanak yang pernah kita main. Kalau boleh, kita wariskan pula pada anak-anak zaman ini agar mereka dapat merasai keseronokkan zaman kanak-kanak seperti apa yang pernah kita lalui.

Bahkan tahukah anda, bahawa permainan kanak-kanak zaman dahulu ini sebenarnya mempunyai manfaatnya yang tersendiri kepada perkembangan kanak-kanak. Ini seperti mana yang dikongsikan di facebook Hello Doktor.

Jadi ini manfaat permainan tradisional untuk anak anda.

Game 1: Galah panjang

Permainan Outdoor Orang Dulu

Galah panjang merupakan permainan yang memerlukan kerjasama ahli kumpulan untuk memenangi perlawanan dan memerlukan strategi dilakukan untuk memenangi perlawan tersebut.

Hasilnya melalui permainan ini, kanak-kanak akan menjadi lebih aktif dan menggunakan otak mereka dengan cara yang lebih baik.

Ia bukan sahaja menggalakkan kerjasama antara ahli kumpulan, tetapi juga merangsang motor kasar otak anak dan melatih mereka untuk lebih fokus ketika melakukan sesuatu.

Selain itu juga, ia boleh meningkatkan perkembangan kemahiran komunikasi dalam diri anak.

Game 2: Teng-teng

Permainan Outdoor Orang Dulu

Permainan teng-teng mungkin lebih digemari oleh anak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki kerana ia lebih mudah dan kurang mencabar untuk dimainkan.

Melalui permainan teng-teng, ia boleh membantu anak anda membina kekuatan tubuh badan mereka.

Selain itu, ia juga boleh membantu koordinasi mata, tangan dan badan anak yang lebih baik.

Jika anak anda boleh berdiri atau melompat dengan sebelah kaki, ini petanda baik kerana ia merupakan satu pergerakan yang kompleks sewaktu perkembangan kanak-kanak.

Game 3: Tarik upih

Permainan Outdoor Orang Dulu

Berbanding permainan teng-teng, permainan tarik upih ini mungkin lebih banyak dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berbanding anak perempuan.

Maklumlah permainan ini memerlukan lebih tenaga dan banyak menggunakan kekuatan tubuh badan untuk menarik upih kelapda atau upih pinang.

Permainan tradisonal ini mengajar anak untuk bertoleransi dalam membuat keputusan kerana ia akan menentukan siapakah yang perlu menarik upih dan siapakah yang akan duduk di atas upih tersebut.

Game 4: Main congkak

Permainan Outdoor Orang Dulu

Siapa sahaja yang tidak mengenali permainan congkak. Dahulu, papan congkak hanya boleh didapati dalam bentuk kayu sahaja. Namun kini, ia boleh didapati dalam bentuk plastik yang lebih ringan dan tidak mudah rosak.

Congkak melatih kanak-kanak untuk berfikir dengan kaedah strategi secara kreatif bagi memenangi perlawanan.

Bukan itu sahaja, ia melatih kemahiran mengira kanak-kanak kerana permainan ini melibatkan aktiviti tambah dan tolak sepanjang ia dimainkan.

Game 5: Konda-kondi

Permainan Outdoor Orang Dulu

Permainan konda-kondi merupakan antara jenis permainan yang paling mudah tetapi sudah semakin lenyap daripada budaya masyarakat Malaysia.

Permainan ini melatih kanak-kanak untuk memberikan fokus yang tinggi selain membantu koordinasi tangan dan mata sewaktu ia dimainkan.

Selain itu juga, ia menggalakkan kanak-kanak untuk menjadi lebih aktif kerana melibatkan larian sepanjang ia dimainkan.

Permainan Outdoor Orang Dulu

Permainan ini memberikan kanak-kanak peluang untuk mereka mengatur strategi secara kreatif dan mengasah kemahiran motor halus otak.

Game 6: Main guli atau biji getah

Permainan ini sering dimainkan oleh kanak-kanak zaman dahulu walaupun pada waktu sekolah (sewaktu rehat).

Penulis sendiri amat menggemari permainan ini walaupun hanya menggunakan biji getah sahaja, dan bukannya guli. Ini kerana biji getah boleh diperoleh dengan mudah dan tidak melibatkan sebarang modal.

Permainan ini memerlukan pelaksanaan strategi dan juga tumpuan yang baik untuk memastikan guli atau biji getah yang dilontarkan itu mengenai sasaran.

Permainan ini juga secara tidak langsung melatih koordinasi mata dan tangan kanak-kanak sewaktu ia dimainkan.

Game 7: Bermain layang-layang

Permainan layang-layang agak sukar untuk dimainkan di kawasan bandar atau taman perumahan.

Namun, ibu bapa boleh mengajak anak ke taman permainan atau di tepi pantai untuk sesekali bermain layang-layang bersama-sama.

Jika anak anda membuat layang-layang mereka sendiri, ia secara tidak langsung melatih anak-anak kemahiran memilih bahan yang betul untuk membuat layang-layang.

Selain itu, ia juga memupuk minat anak anda terhadap ilmu sains kerana ia akan mengajar si kecil mengenai pergerakan angin dan juga tarikan graviti agar layang-layang dapat terbang tinggi dan tidak mudah jatuh.

Game 8: Lompat getah atau zero point

Permainan Outdoor Orang Dulu

Ada yang menyebutnya sebagai zero point dan ada juga yang memanggilnya lompat getah. Ia boleh dimainkan dengan menggunakan rantaian getah yang dibuat sendiri atau menggunakan tali skipping.

Permainan ini memberikan kebaikan yang lebih kurang sama dengan permainan teng-teng.

Ini kerana ia melatih anak untuk melompat setempat dan memberi fokus agar tidak terkena tali yang dihayunkan.

Ia membina kekuatan fizikal dan juga kemahiran motor halus yang sangat baik untuk perkembangan kanak-kanak.

Game 9: Baling selipar

Permainan Outdoor Orang Dulu

Permainan ini juga boleh dikatakan agak seronok kerana ia akan melibatkan aktiviti kejar-mengejar antara ahli dua kumpulan.

Ia menjadikan otak anak lebih kreatif kerana melatih si kecil untuk membuat strategi dan pelan bagi mengalahkan pihak lawan. Disebabkan permainan ini banyak melibatkan aktiviti berlari, mengelak, mengacah dan juga melompat, ia membuatkan anak anda lebih gembira dan juga aktif sepanjang bermain.

Sumber : Hello Doktor via keluarga.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement

Trending