VIRAL
Tular video fasih baca surah al-Quran, gadis beragama Hindu diajar sejak kecil

Tular video fasih baca surah al-Quran, gadis beragama Hindu diajar sejak kecil
Tular sebuah video memaparkan seorang gadis beragama Hindu fasih membaca beberapa surah al-Quran menerusi sesi siaran langsung di aplikasi TikTok sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, dilihat Divya Darshini sedang membaca surah An-Nas termasuk sebahagian ayat Kursi dalam sesi live tersebut bersama seorang wanita beragama Islam.
LIHAT VIDEO DISINI
Dah mula hafal sejak usia lima tahun…
Memetik laporan mStar, gadis berusia 27 tahun itu mendedahkan dia sudah mula menghafal beberapa surah asas al-Quran sejak berusia lima tahun lagi, termasuk doa makan.
“Saya boleh hafal beberapa surah seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas, An-Nas dan Yasin. Saya juga boleh baca doa makan.
“Kalau alif, ba, ta, bolehlah ingat sikit-sikit. Tapi, kalau saya tengok huruf jawi, itu saya boleh kenal dan sebut satu-satu,”ujarnya.
Divya berkata, dia mula belajar ketika dijaga oleh pengasuh beragama Islam di Kuala Lumpur sehingga umurnya 16 tahun.
“Pengasuh saya orang Islam, dia selalu ajar anak-anak yang dijaganya iaitu Iqra’ dan baca al-Quran. Pada mulanya, saya hanya mendengar mereka belajar. Lama-kelamaan saya tertarik dan ikut belajar. Pengasuh tak pernah paksa, saya sendiri sukarela,”dedah Divya.
Tak sangka masih ingat walaupun dah lebih sepuluh tahun tak baca…
Dalam pada itu, Divya meluahkan ketidaksangkaan apabila masih mengingati beberapa surah memandangka sudah lebih sedekat tidak membacanya.
“Saya hanya belajar dan baca di rumah pengasuh. Kadang-kadang berada di sana selama lapan hingga sepuluh jam atau seminggu jika ibu bapa saya outstation.
“Dah 10 tahun, saya pun tak tahu macam mana masih boleh hafal sehingga ke hari ini. Sebenarnya saya seorang pelupa,”ceritanya.
Pengasuh selalu bacakan kisah-kisah Nabi dan puasa di bulan Ramadan
Bercerita mengenai pengasuhnya dipanggil Kak Ida, Divya mengatakan dia menganggap wanita itu seperti ibunya sendiri. Bahkan, dia turut diperdengarkan kisah-kisah Nabi dan berpuasa di bulan Ramadan.
“Anak-anak lain puasa, saya pun ikut puasa. Saya pernah puasa sebulan, tapi kena gastrik selepas itu. Tahun-tahun berikutnya masih berpuasa tapi tak penuh,”katanya lagi.
Dikesempatan itu, Divya berterima kasih kepada semua orang yang mendoakannya supaya diberikan hidayah.
PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Perdana Ya.
Sumber : OMM
-
VIRAL10 months ago
2 minggu anak tak makan sampai tinggal tul4ng, mak ayah bagi al4san terlalu sibuk bekerja
-
VIRAL10 months ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
KELUARGA4 years ago
Mampu Kumpul Rm12,000 Dalam Tiga Bulan. Lelaki Bergaji Rm800 Ini Kongsi Tips
-
HIBURAN4 years ago
Kerana Membeli Secara Online, Lelaki Ini Menangis Sebaik Sofa Sampai Ke Rumah
-
IKTIBAR4 years ago
“Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah”
-
INSPIRASI3 years ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
PETUA4 years ago
Inilah 5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
-
AGAMA3 years ago
Larangan Menggantung Gambar Kahwin Serta Keluarga. Ini Jawapan Mufti Wilayah