Connect with us

KELUARGA

Tolong terima menantu anda seadanya dirinya. itu pilihan anak anda dan bukannya anda

Published

on

Terima Menantu Anda Seadanya. Itu Pilihan Anak & Jangan Bebankan Emosi Mereka Hanya Kerana Dia Bukan Pilihan Anda.

Dalam rumah tangga kena saling memberi dan menerima. Dua orang berbeza yang hidup bersama memerlukan komitmen dan juga kerjasama yang baik. Apabila anda menerima pasangan dengan hati terbuka, maka automatik anda juga perlu menerima ahli keluarga yang lain.

Namun, sering kali masalah menantu dan mentua menjadi isu dalam rumah tangga. Nak nak lagi bagi si ibu yang enggan ‘melepaskan’ anak. Justeru, pelbagai masalah timbul.

Sebagai mentua kena tunjukkan teladan dan contoh yang baik, memberi nasihat dan panduan supaya rumah tangga anak kekal bahagia. Begitu juga menantu kena bijak beli jiwa mentua barulah hubungan itu dapat dieratkan.

Entah kenapa…masih ada segelintir mertua yang tak dapat menerima siapa menantunya seadanya diri menantunya itu walhal menantunya itu adalah seseorang yang merupakan pilihan anaknya sendiri…buah hati anaknya…cinta anaknya.

Saudara Firdaus Shakirin berkongsi akan isu ini. Moga mendapat manfaat daripadanya.

“Mak, isteri saya tu, mungkin bukan seperti yang mak impikan, yang mak bayangkan, yang mak harapkan, tapi dia pilihan saya”

“Saya terima baik buruk dia, kekurangan, kelemahan dia seadanya dirinya, dan saya harap, mak pun sama, dapat terima…”

“Kenapa bini kau bangun lambat?” semalam anak buat perangai mak, dia tak boleh tidur…”kenapa bini kau balik keje lewat?” dia ada meeting mak, pastu jem, sbb tu dia lewat sampai…”kenapa bini kau duduk dalam bilik” dia menyusu anak mak, takkan nak menyusu kat ruang tamu, abang nampak nanti…

Kenapa…kenapa…kenapa…

Banyak perkara yang mertua boleh persoalkan semata2 untuk mencari kesalahan si menantu…kadang2 ada yang sengaja menyalahkan menantu atas sebab2 yang tidak logik dek akal…kesalahan yang sengaja diada2kan, dibuat2 untuk menampakkan buruk si menantu, untuk membuatkan anaknya meninggalkan menantunya itu…atas alasan, dia tak suka menantu itu, dia tak sebulu dengan menantu itu, dia tak expect yang dia akan dapat menantu macam tu…

Expectation dia lebih tinggi…

Tolong terima menantu anda seadanya dirinya…itu pilihan anak anda dan bukannya anda…anak anda yang bakal berkongsi hidup dengannya, dan bukannya anda…tolong jangan membebankan mental, emosi dan perasaan menantu hanya disebabkan DIA BUKAN PILIHAN ANDA…

Tip Menjadi Menantu Perempuan Kesayangan Mak Mertua

Alam perkahwinan adakalanya nampak seperti hanya ada suami dan isteri. Ramai terlupa apabila kita berkahwin dengan pasangan itu bermakna kita ‘berkahwin’ dengan keluarga pasangan kita juga. Mungkin kita sudah sedia maklum dengan perangai pasangan kita nak pula kalau yang dah kenal lama. Tapi kadang kala tu perangai sebenar pasangan akan lebih terserlah apabila mereka bersama ibu bapa dan adik beradik sendiri.

Jika bernasib baik dapat keluarga mertua yang senang bertoleransi dan boleh bawa berborak. Kalau sebaliknya memang agak sukar kalau anda ada cita-cita nak jadi menantu kesayangan.

Siapa yang baru kahwin? Baru nak kenal keluarga mertua dan ipar duai? Tentu rasa agak segan dan belum peramah lagi. Sini admin kongsikan tip simple untuk menambat hati mak mertua dan ipar duai kita. Cubalah:

1. Jangan Jadi Penyibuk

Tak perlu masuk campur urusan mereka kecuali yang bertentangan dengan agama. Bab tu tak boleh kompromilah kan. Hal-hal lain tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri je. Didik hati bahawa cara mereka, didikan mereka, budaya mereka tentu tak sama macam keluarga kita.

Ingatlah yang menantu mak kita pun (isteri abang / adik lelaki kita) belum tentu dapat menyesuaikan diri dengan keluarga kita tu. Haha.

2. Skill Angguk-angguk, Geleng-geleng

Yang ni memerlukan kekuatan mental. Kikiki. Setujulah apa pendapat mereka. Tak perlu nak bantah sangat. Orang kata agree to disagree gittew.

Bukan lama pun kat kampung tu. Tak perlu nak berbalah atau berhujah sangat tentang perkara-perkara yang kita tak sebulu dengan pendapat mereka. Menang tak untung, kalah tak rugi. Ok?

3. Berlakon Sikit

Kotlah kita ni memang bangsa pemalas atau anak manja, tapi bila balik kampung mertua tunjuklah rajin sikit :p Rajin-rajinlah menolong di dapur. Tolong basuh pinggan ke goreng ikan ke.

Kalau macam saya, mak mertua memang ketua chef dalam rumah tu jadi saya memang tolong cuci pinggan, kupas bawang, sapu2 dan tolong bersembang je kat dapur

4. Tunjuk Skill Memasak

Ops..tips yang ni macam saya tak pernah guna pakai. kohkohkoh. Heheh..sebenarnya masak jelah apapun, lebih best lagi kalau masak makanan kegemaran suami. Mak mertua ni bukan apa, bila dia tengok menantu pandai jaga makan minum suami..legalah dia. Maknanya takdelah anak lelaki dia merana tiap2 hari makan mamak je ^_^

5. Beri Hadiah / Buah Tangan

Setiap kali balik kampung tu janganlah berlenggang. Bawalah sikit buah ke kuih ke. Kalau ada rezeki lebih belilah apa-apa hadiah untuk mertua. Tak perlu yang mahal pun. Bila tiba hari-hari istimewa macam Hari Ibu, Hari Raya atau Hari Ulangtahun mertua, berilah hadiah seadanya. Kain batik pun mereka suka.

Bab ni, tiap kali balik kampung saya beli sayur2 kat Cameron Highland. Lepas tu saya jugak yang duk makan sayur & buah2 tu. Erk.

6. Rajin-rajin Berbual

Bila mereka berkumpul sembang-sembang petang tu join-lah. Jangan asyik buat hal sendiri je. Rajin-rajinlah berbual dengan mak mertua, boleh jugak korek rahsia anak lelaki dia :p

Berbual dengan ipar duai pun digalakkan tapi kena ingat balik tips angguk-angguk geleng-geleng tu tau.

7. Elakkan Sikit-sikit Mengadu Dengan Suami

Hati2 ya. Jangan sampai suami report balik pada mak dia. Huaaaa. Kita kena fahamlah itu mak dia, yang lahirkan besarkan dan didik suami kita berpuluh tahun. Kalaupun kita masih dalam fasa nak sesuaikan diri & ada masalah dengan mertua, jangan sekali-kali tarik suami untuk ikut sama bermasalah dengan mak dia.

Mengadu tu bukan tak boleh, tapi tengoklah keadaan ya. Jangan sampai suami isteri berperang pulak.

8. Ambil Tahu Kegemaran Mertua

Sebelum kahwin risik2lah dengan bakal suami tu. Apa hobi mak dia, apa yang mak dia tak suka etc. Sekurang-kurangnya kita boleh bersedia

Katalah mak mertua suka shopping, bila balik kampung sekali-sekala ajaklah beliau keluar. Macam kakak ipar saya kan, dia tahu mak kami suka pergi kedai RM2..jadi setiap kali balik kampung agenda ke kedai RM2 mesti ada. Hahaha..dengan kitorang sekali membeli-belah ^_^

9. Ambil Kira Privasi

Elakkan masuk bilik sesiapa sesuka hati. Nak guna barang pun minta izin dulu. Kadang-kadang benda yang kita rasa biasa je kalau kat rumah mak kita, tapi bila kat kampung suami ia adalah privasi mereka.

Sentiasa ingat walaupun masa hari pertama kita datang tu mereka kata buatlah macam rumah sendiri tapi tolong berpada-pada ya ^_^

10. Elak Ambil Kesempatan

Ha. Yang ni kalau mertua dan ipar duai sikit punya baik, kita jangan pulak ambil kesempatan. Mentang-mentang mak mertua kata eh takpelah..pergilah rehat. Kita pun masuk bilik membongkang tak ingat dunia. Jangan ya.

Diharap perkongsian tip ini boleh memberikan anda peluang untuk mendekatkan diri dengan keluarga mertua. Jangan sampai berjauh hati sampai tak mahu pulang ke rumah mertua pula hanya kerana ada terguris perasaan. Bagi mengelakkan sebarang krisis bolehlah cuba nanti ya. Mana tahu rezeki anda dapat jadi menantu kesayangan. Insya Allah

sumber: Keluarga, foto: petuaibu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending