HIBURAN
Tengah Live Mohon Maaf Pada Aisyah, Sekali Cik B Datang Buat Kejutan, Buat Wartawan Dan Dato Vida Tergamam.

Tengah Live Mohon Maaf Pada Aisyah, Sekali Cik B Datang Buat Kejutan, Buat Wartawan Dan Dato Vida Tergamam.
ANAK usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang dikenali sebagai Cik B membuat kejutan apabila menyerahkan sejumlah wang kepada ibunya bagi membayar ganti rugi barang kemas kepada penyanyi Aishah.
Menerusi rakaman secara langsung di Facebook milik usahawan itu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 14, muncul secara tiba-tiba pada sidang media khas yang diadakan Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman di kediamannya di Ipoh Perak.
“Mama, Cik B tak nak mama guna duit sendiri untuk bayar ganti rugi kepada dia (Aishah). Guna duit Cik B ini.
Cik B serah RM100,000 hasil jualan produknya kepada Vida.
“Tak apa, hari ini Cik B beri mama duit… esok pasti ada rezeki lain yang akan datang,” katanya.
Boleh tengok video di bawah, minit ke 37.
Cik B dipercayai menyerahkan beberapa bungkusan wang berjumlah sehingga RM100,000.
Vida mengadakan sidang media khas berkaitan isu tuntutan berlian penyanyi lagu Janji Manismu yang telah diselesaikan dengan cara mediasi Isnin lalu.
Pada Isnin lalu, Aishah mendedahkan kemelut isu berlian palsu antara dia dan Vida sudah menemui titik noktah apabila ia diselesaikan secara mediasi.
Isu antara Aishah dan Vida diselesaikan secara mediasi.
Aishah pada sebuah sidang media menjelaskan usahawan yang juga penaja program realiti Gegar Vaganza itu perlu membayar harga pameran (price tag) barang kemas berjumlah RM80,000 kepadanya pada atau sebelum 17 Julai ini.
Selain itu, Vida perlu membuat sidang media untuk membuat permohonan maaf secara terbuka mengikut tempoh masa sama.
Dalam pada itu, mengulas mengenai isu berkenaan, Vida menjelaskan tiada istilah kalah atau menang sebaliknya keputusan itu atas persetujuan bersama.
Pada sidang sama, Vida turut membuat permohonan maaf kepada Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 54.
“Sebagai salah satu tuntutan yang perlu saya laksanakan ialah saya mohoh maaf secara terbuka kepada Aishah atas representasi salah terhadap barang kemas tambahan pada Gegar Vaganza 4.
Untuk rekod, perbalahan antara Aishah dan Vida tercetus apabila penyanyi itu membuat pendedahan bahawa hadiah rantai berjumlah RM80,000 yang ditaja usahawan itu adalah palsu.
Aishah menyedari barangan kemas yang diterima hasil hadiah kemenangan program Gegar Vaganza musim keempat itu palsu selepas mengadakan pemeriksaan di kedai emas.
Kredit : nalurikini
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana
-
VIRAL10 months ago
2 minggu anak tak makan sampai tinggal tul4ng, mak ayah bagi al4san terlalu sibuk bekerja
-
VIRAL10 months ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
KELUARGA4 years ago
Mampu Kumpul Rm12,000 Dalam Tiga Bulan. Lelaki Bergaji Rm800 Ini Kongsi Tips
-
HIBURAN4 years ago
Kerana Membeli Secara Online, Lelaki Ini Menangis Sebaik Sofa Sampai Ke Rumah
-
IKTIBAR4 years ago
“Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah”
-
INSPIRASI3 years ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
PETUA4 years ago
Inilah 5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
-
AGAMA3 years ago
Larangan Menggantung Gambar Kahwin Serta Keluarga. Ini Jawapan Mufti Wilayah