KELUARGA
Teknik ‘Tuck In’. Cara Lipat Baju Elak Baju Baby Bersepah Bila Almari Kena Selongkar

Teknik ‘Tuck In’. Cara Lipat Baju Elak Baju Baby Bersepah Bila Almari Kena Selongkar
Bila baby dah dapat kaki, biasanya dia juga akan mula pandai menyelongkar. Almari dapur jadi lokasi kesukaan untuk disepahkan mangkuk, periuk dan sebagainya.
Tapi paling tensen bila baby selongkar almari atau drawer bajunya sendiri, bersepah dibuatnya. Penatnya nak lipat semula, dah la baju baby ni kecil, nak lipat memang renyah.
Sebenarnya ada cara untuk elak mak-mak lipat semula baju yang dilembang oleh baby. Caranya dengan buat teknik lipatan ‘tuck in’. Walau diselongkar, dilempar baju baby tetap dalam keadaan berlipat. Caranya dikongsi oleh Ojie Ismail yang turut mengalami pengalaman yang sama.
Konsep lipat baju tuck in
Baby dah pandai berjalan dan sangat rajin tolong selongkar laci baju. Guna konsep lipat dan ‘tuck in’ memang terbaik sebab selongkarlah cara mana pun, In Sha Allah lipatan baju masih kukuh dan tak terlerai.
Bila anak dah puas selongkar sampai laci kosong, ibu-ibu hanya perlu susunkan semula saja. Dah tak payah lipat balik. Cuma kemaskan lipatan jika perlu.
Step by step lipatan
- 1. Butangkan butang paling atas dan bawah. Kalau rajin butangkan semua pun boleh.
- 2. Terbalikkan baju.
- 3. Letak seluar, lipat kaki seluar ikut panjang baju.
- 4. Lipat bahagian badan baju. Pastikan bahagian bahu lurus untuk buat ‘pocket’
- 5. Lipat lengan baju.
- 6. Lipat lagi sebelah.
- 7. Lipat 1/3 baju.
- 8. Masukkan kan hujung baju ke bahagian belakang baju.
- 9. Dah siap dan kemaskan lipatan.
Nak tengok size dan jenama apa pun senang sebab boleh tengok label baju. Nak pilih baju pun senang. Ini baju petang dan malam.
Baris depan: baju lengan pendek+seluar panjang. Baris tengah dan belakang: baju lengan panjang+seluar panjang.
Teknik lipatan tuala, kain lampin, selimut, sapu tangan
Ini pula teknik lipatan untuk kain segi empat sama.
Susun lah ikut kreativiti & citarasa masing-masing, yang penting nampak kemas, teratur dan mudah diambil.
Sumber: Ojie Ismail
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
VIRAL10 months ago
2 minggu anak tak makan sampai tinggal tul4ng, mak ayah bagi al4san terlalu sibuk bekerja
-
VIRAL10 months ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
KELUARGA4 years ago
Mampu Kumpul Rm12,000 Dalam Tiga Bulan. Lelaki Bergaji Rm800 Ini Kongsi Tips
-
HIBURAN4 years ago
Kerana Membeli Secara Online, Lelaki Ini Menangis Sebaik Sofa Sampai Ke Rumah
-
IKTIBAR4 years ago
“Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah”
-
INSPIRASI3 years ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
PETUA4 years ago
Inilah 5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
-
AGAMA3 years ago
Larangan Menggantung Gambar Kahwin Serta Keluarga. Ini Jawapan Mufti Wilayah