ISU SEMASA
Team Media Ustaz Ebit Lew Kemal@ngan

Team Media Ustaz Ebit Lew Kemal@ngan
Sedih rasa. Pohon doakan 3 orang team media kami kema langan baru sekejap ini. Doakan selamat semuanya. Merekalah yang merakamkan untuk program Jejak Ebit Lew Astro.
Tadi kami 4 kereta ke Penang membantu abang sekeluarga yang 8 bulan tidur dalam kereta. Semasa sama-sama balik ke kl. Betul-betul lorong kanan touch n go lepas tol jalan Duta. Tiba-tiba ada kereta dari kiri uturn ke kanan. Ada sign tak boleh uturn. Estima mereka cuba elak kereta uturn menyebabkan melang gar divider tengah jalan.
Sekarang saya di Hospital Gleneagles menanti ketiga-tiga team buat ct scan. Doakan semuanya baik dan selamat. Doakan Teyha,Azrin dan Ijad semuanya selamat dan baik-baik ajer. Sedih dengar mereka mengerang sakit.
Artikel Berkaitan:
8 Bulan tinggal dalam kereta, kadang2 tak makan Boleh ke siapa2 tolong kami?
Ujian yang di tanggung siapa yang tahu, Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu ungkapan sesuai buat kehidupan seorang pengawal keselamatan, isteri dan tiga anak kecil mereka di Pulau Pinang apabila terpaksa menjalani kehidupan seharian hanya di dalam kereta.
Bagi insan bernama Ganesh Soundarajah, jika ditanya tentang di manakah tempat tinggalnya, tempat kediamannya hanyalah dalam sebuah kereta Proton Saga Aeroback yang sudah mencecah usia 20 tahun.
Kereta itu telah menjadi rumah buat dia, isteri dan tiga orang anaknya sejak lapan bulan lepas. Malah, itulah satu-satunya rumah yang dikenali oleh bayinya yang baru berusia lapan bulan.
Lelaki berusia 33 tahun itu telah menetap dalam kereta bersama isterinya, Parameswari, 32 dan anak-anaknya sejak rumah mereka di Carnavon Street terbakar pada April lalu.
Ganesh berkata setiap hari dia akan membawa kereta Proton terpakai tersebut dengan anak dan isteri mencari tempat redup untuk berhenti dan berteduh sementara di sesuatu lokasi di sekitar George Town dan menggunakan tandas-tandas awam untuk mandi dan sebagainya.
Kami bergerak merata dan ke mana sahaja tempat yang mempunyai tandas awam supaya kami boleh mandi, basuh baju dan mendapatkan bekalan air bersih,
“Kadangkala, kami berhenti di sepanjang Sepoy Line, Gurney Drive, Esplanade atau di sekolah tempat saya bekerja,” katanya saat ditemubual oleh pihak The Star.
Ganesh turut menyatakan bahawa mereka telah hilang segala harta benda sewaktu kebakaran tersebut dan hanya memiliki pakaian yang dipakai ketika kejadian serta kereta Proton Saga yang diberi oleh ibunya.
Saya tiada pilihan lain melainkan tinggal dalam kereta ini kerana saya tidak mampu membayar deposit untuk bilik atau rumah, lebih-lebih lagi kebanyakannya meminta RM 800 hingga RM 900 sebagai wang pendahuluan.
“Saya hanya memperoleh RM1,200 sebulan dan kesemuanya dibelanjakan untuk makanan dan keperluan anak-anak saya.
“Pada waktu malam, saya parking kereta berdekatan sekolah tempat kerja saya untuk menjaga keselamatan keluarga saya,” ujarnya lagi.
Memetik laporan Free Malaysia Today, walau bagaimanapun Ganesh tidak menunjukkan sebarang harapan atas sebarang bantuan.
“Dulu, waktu rumah kami terbakar ramai yang datang untuk memberi barang makanan dan menangkap gambar seperti kamu semua. Lepas itu, semua orang menghilangkan diri.
“Kami hanya mahukan sebuah rumah. Boleh ke sesiapa tolong kami?,” rayu Ganesh.
Anak-anak Ganesh, Girthikanesh, 6, dan Devi Shri, 3, dilihat sentiasa gembira seakan-akan tidak mengetahui tentang masalah yang dihadapi keluarga mereka.
“Saya sangat gembira bila melihat anak saya makan. Saya hanya boleh menangis bila anak saya beritahu mereka sedang lapar, tetapi tiada makanan yang boleh saya berikan kepada mereka,” akhiri Ganesh.
Sumber: The Star (N. Trisha) , Free Malaysia Today (Predeep Nambiar)
-
INSPIRASI2 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA1 month ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI2 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.