VIRAL
Tak mampu beli hadiah mahal, bapa tinggal sebungkus roti coklat… Paling sebak baca nota tulisan tangan ucapan hari lahir

Tak mampu beli hadiah mahal, bapa tinggal sebungkus roti coklat… Paling sebak baca nota tulisan tangan ucapan hari lahir
Hantaran dibuat gadis ini meraih lebih 1.4 juta tontonan di TikTok.
Insan bergelar bapa umpama ‘super hero’ dan merupakan lelaki pertama di hati setiap wanita.
Di mata anak-anak dia merupakan insan kuat yang tidak pernah kenal erti penat dalam membesarkan dan membahagiakan kita.
Namun tanpa kita sedari, bapa adalah insan yang banyak memendam rasa penat, kecewa, sedih dan sebagainya sekiranya tidak mampu menjadi yang terbaik di mata anak-anak.
Seperti kisah yang berlaku terhadap gadis ini, dia menangis terharu tatkala menerima hadiah sebungkus roti daripada bapanya sempena hari ulang tahun kelahiran, baru-baru ini.
Bukan kerana nilai roti coklat berkenaan, namun gadis yang menggunakan akaun syashawtyy di TikTok itu menangis terharu kerana bapanya tetap berusaha untuk memberikan sesuatu mengikut kemampuannya.
Lebih mengundang sebak ialah sekeping nota ringkas tulisan tangan terhadap anak gadisnya itu.
Gadis ini menunjukkan nota daripada bapanya.
“Selamat ulang tahun! Ayah cuma cukup (mampu) belikan ini. Dimakan dik, kalau ada rezeki ayah belikan yang mahal ya.
“Ayah pulang malam nanti, jaga adik!”, demikian tulisan si bapa mengiringi hadiah sebungkus roti coklat untuk anaknya itu.
Berdasarkan bahasa yang digunakan, difahamkan kisah dua beranak ini berlaku di negara seberang, Indonesia namun turut tular dalam kalangan pengguna TikTok di Malaysia.
Ini adalah sangat mahal kerana tak semua anak dapat benda (momen) ini.
NETIZEN
Meninjau di ruangan komen, ramai menyifatkan gadis berkenaan sangat bertuah kerana memiliki seorang bapa yang sangat prihatin dan penyayang terhadapnya.
Kata mereka, memiliki bapa yang mengingati tarikh hari lahir seorang anak dan berusaha untuk menghadiahkan sesuatu merupakan satu anugerah terindah.
“Ini adalah sangat mahal kerana tak semua anak dapat benda (momen) ini.
Komen netizen di TikTok.
“Ini sudah cukup untuk menitiskan air mata lelaki!
“Kalau aku, aku peluk roti tu!,” komen warga maya pada video yang meraih lebih 1.4 juga jumlah tontonan tersebut.
PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Perdana Ya.
Sumber : mStar
-
VIRAL11 months ago
2 minggu anak tak makan sampai tinggal tul4ng, mak ayah bagi al4san terlalu sibuk bekerja
-
VIRAL10 months ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
KELUARGA4 years ago
Mampu Kumpul Rm12,000 Dalam Tiga Bulan. Lelaki Bergaji Rm800 Ini Kongsi Tips
-
HIBURAN4 years ago
Kerana Membeli Secara Online, Lelaki Ini Menangis Sebaik Sofa Sampai Ke Rumah
-
IKTIBAR4 years ago
“Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah”
-
INSPIRASI3 years ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
PETUA4 years ago
Inilah 5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
-
AGAMA3 years ago
Larangan Menggantung Gambar Kahwin Serta Keluarga. Ini Jawapan Mufti Wilayah