Connect with us

IKTIBAR

Suami Kantoi Curang, Isteri Muda 19 Tahun Murung Saat Sarat Hamil, Namun Bangkit Semula Demi Anak

Published

on

Suami Kantoi Curang, Isteri Muda 19 Tahun Murung Saat Sarat Hamil, Namun Bangkit Semula Demi Anak

Tanyalah mana-mana wanita yang bergelar isteri, tiada siapa yang pernah menduga bahawa perkahwinan yang disemai dengan cinta akan berakhir gara-gara orang ketiga. Seperti kisah seorang ibu muda ini, sanggup mengorbankan usia remaja untuk mendirikan rumah tangga bersama dengan lelaki yang dicintai yang akhirnya tergamak berlaku curang. Menerusi akaun Twitter ibu muda tersebut dengan nama Osyiffa, telah meluahkan segala kekecewaan dan keperitan hidupnya selepas terpaksa menempuh episod duka bersama suaminya.

Dah mula curiga curang masa kandungan 12 minggu

Menurut ibu muda tersebut, dia telah mengesyaki suaminya berlaku curang sejak kandungannya baru memasuki 12 minggu, dan ketika dia sedang melalui fasa awal kehamilan membuatkan emosinya menjadi idak menentu.

Kandungan 5 bulan, sah dia curang!

Ketika usia kandungan sudah mencecah 5 bulan, ibu muda itu sekali diduga apabila suaminya sendiri telah mengaku mencintai wanita lain dan telah menyatakan hasrat untuk menduakannya. Difahamkan, sudah tiga kali suaminya itu tertangkap curang, namun disebabkan sayang terhadap, dia sentiasa memaafkan dengan harapan agar lelaki itu berubah, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Alami kemurungan teruk…

Oleh kerana terlalu sedih dan kecewa dengan ujian yang menimpa di dalam perkahwinannya, ibu muda itu telah mengalami masalah kemurungan, sehingga terpaksa berjumpa dengan pakar sakit jiwa.

9 bulan survive tanpa suami

Namun, masa telah memulihkan rasa kecewa yang terpendam di jiwa dengan meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap ketentuan Allah. Baginya, satu kejayaan apabila dia mampu mengharungi fasa kehamilan sehingga 9 bulan tanpa kehadiran suami, walaupun jauh di sudut hati agak terkilan apabila melihat isteri membuat pemeriksaan kandungan ditemani suami.

Semoga you dan anak kuat…

Melihatkan kekuatan yang ada dalam diri ibu muda tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan ketabahannya dan tidak putus memberi kata-kata semangat. Semoga dapat mengecapi bahagia dengan baby nanti. I tahu mummy dia kuat…Semoga anak you membesar dengan baik

Sumber : Osyiffa via ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending