Connect with us

ISU SEMASA

SSR Dapat Kumpul Derma Lebih RM92,000 Dalam 24 Jam, Ucap Terima Kasih Kepada Orang Ramai

Published

on

SSR

SSR Dapat Kumpul Derma Lebih RM92,000 Dalam 24 Jam, Ucap Terima Kasih Kepada Orang Ramai

Dana Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) yang terkumpul dalam tempoh sehari sudah mencecah RM92,800.

Justeru itu, SSR mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang menyumbang kepada tabung bantuan guaman dan kompaun seramai 31 peserta acara nyalaan lilin di Dataran Merdeka minggu lalu.

Dalam satu kenyataan daripada SSR, dana yang terkumpul dalam masa sehari itu melibatkan transaksi daripada 688 individu. Ia juga melibatkan jumlah purata sebanyak RM139 dan ramai yang menyumbang nilai RM10 dan RM20.

Difahamkan, sekretariat telah menutup kempen tabung bantuan guaman dan kompaun #Lawan.

Terdahulu, seramai 31 orang peserta lelaki dan wanita ditahan di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan selepas didapati melanggar prosedur operasi standard yang ditetap di dalam Pelan Pemulihan Negara kerana terlibat dalam perhimpunan yang bermula jam 8 malam itu.

artikel berkaitan: Gara-gara Dikompaun RM62,000, penganjur perhimpunan har4m rayu bantuan orang ramai

Sebelum ini, menerusi satu artikel melaporkan SSR memohon bantuan sumbangan dana berjumlah RM62,000 untuk membayar kompaun 31 orang peserta yang ditahan.

Sumber: Kosmo via siakapkeli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Advertisement

Trending