Connect with us

ISU SEMASA

Siti Sarah ‘You Datang Dengan Pakaian Serba Putih & Senyum…’ – Rebecca Nur Islam

Published

on

siti sarah

Siti sarah ‘You Datang Dengan Pakaian Serba Putih & Senyum…’ – Rebecca Nur Islam

Penyanyi Siti Sarah telah meninggalkan kita semua pada awal pagi tadi sekitar jam 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Pemergian penyanyi Kesetiaan itu sudah tentu meninggalkan kesan buat ramai pihak termasuk keluarga dan rakan-rakan selebriti disebabkan oleh sifatnya yang baik serta penyayang.

Artikel berkaitan:

Sarah layak beroleh syahid akhirat

Shuib tertanya apakah kebaikan arwah Sarah ?

Air mata Sarah mengalir ketika nazak Edit |

Di Instagram, pelakon Rebecca Nur Islam berkongsi mesej perbualan terakhir bersama allahyarhamah yang sentiasa memberi semangat buat pelakon itu ketika keluarganya disahkan positif Covid-19.

‘Itu je yang cuma I minta…’

siti sarah

Rebecca berkongsi mesej dan hantaran suara terakhir daripada Sarah. Difahamkan, Siti Sarah telah memberi kata-kata semangat kepadanya sewaktu keluarga dan pembantu rumah Rebecca disahkan positif Covid-19, tempoh hari.

Just I want help you. I want to make sure that InshaAllah your kids, your husband, and yourself akan pulih seperti biasa. Itu je yang cuma I minta. Mungkin Allah akan permudahkan urusan I sekiranya I permudahkan urusan orang.

‘Rupanya mimpi itu terjawab’

siti sarah

Rebecca turut berkongsi dia pernah termimpi Siti Sarah yang datang kepadanya dalam keadaan berpakaian serba putih sambil tersenyum dan tiada sebarang ungkapan kata. Rebecca juga tidak sangka rupanya mimpi tersebut telah dijawab dengan berita pemergian Siti Sarah buat selama-lamanya.

Berita yang sangat sedih…

sumber:  Rebecca Nur Islam

Continue Reading
Advertisement

Trending