HIBURAN
“Saya ingat perompak wajah seiras…” – Aliff Syukri terkejut

“Saya ingat perompak wajah seiras…” – Aliff Syukri terkejut

Jelas Aliff, kedatangan pemuda kacak itu dari Johor semata-mata untuk bertemunya selaku peminat setia. – Foto Instagram
Pelakon, penyanyi dan usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri terkejut apabila didatangi seorang pemuda kelainan upaya (OKU) ke kediamannya baru-baru ini. Jelas Aliff, kedatangan pemuda kacak itu dari Johor semata-mata untuk bertemunya selaku peminat setia. Lebih meruntun hati apabila pemuda itu turut meminta bantuan Aliff untuk memberikannya peluang pekerjaan.
“Hari ini secara tiba-tiba seorang lelaki datang ke rumah saya dan dibawa oleh pengawal keselamatan, saya ingat perompak… “Dia cakap dia nak jumpa saya. Saya terkejut apabila dia datang tiba-tiba dengan bawa plastik gambar saya. “Dan dengan gaya yang normal dia nampak begitu segak dan juga handsome..tak sangka dia OKU. “Dia begitu teruja dapat berjumpa dengan saya… Ini lah kali pertama saya menghadapi pengalaman seperti ini. Dia nak bekerja dengan saya. “Dan dia peminat saya. Tapi, adakah patut saya mengambil dia sebagai seorang pekerja. Sedih, kasihan, confused semua ada,” dedah Aliff menerusi entri di Instagramnya.
Perkongsian itu mendapat pelbagai respon positif daripada rakan selebriti dan netizen.
“Ambil dia Datuk dan Datin,” rayu Ras Adiba Radzi. “Ko baik laaa! Aku dengki dengan ko! Sebab tu aku nak kaya! Aku boleh tolong orang. Aku doa moga Allah pelihara ko dunia akhirat. Yang orang nampak tak penting, yang penting apa yang Allah nampak,” tambah Ozlynn.
Malah, keperibadian pemuda itu diakui oleh salah seorang bekas gurunya di sebuah sekolah pendidikan khas di Segamat, Johor.
“Dia memang anak yang baik, rajin dan menghormati orang. Datuk adalah idolanya, ke mana-mana dia pergi dia akan tunjukkan handfone dia yang penuh dengan gambar Datuk. “Sebaik sahaja tamat persekolahan pendidikan khas dia melakukan pelbagai kerja seperti operator, kerja di kedai makan dan macam-macam lagi,” tambah pengguna terbabit.
sumber: Instagram aliffsyukri via astroawani
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.