HIBURAN
Sah dilamar Marvel, apa agaknya watak adiwira Keanu Reeves nanti?

Sah dilamar Marvel, apa agaknya watak adiwira Keanu Reeves nanti?
Ramai peminat adiwira yang mahu pelakon Keanu Reeves muncul dalam mana-mana watak dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).
SEJAK kemunculannya dalam filem “John Wick”, ramai peminat adiwira yang mahukan pelakon Keanu Reeves muncul dalam mana-mana watak dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).
Nampak gayanya harapan itu mungkin tercapai tidak lama lagi apabila pihak Marvel baru-baru ini telah memberi bayangan terhadap isu berkenaan.
Menurut Presiden Marvel Studios, Kevin Feige, nama Keanu sentiasa muncul pada setiap filem atau projek yang dikeluarkan pihaknya sebelum ini.
Menurutnya, seperti mana pelakon lain, mereka masih menunggu kata putus daripada Keanu di samping memikirkan watak paling sesuai buatnya.
“Kami bercakap tentang Keanu dalam hampir setiap filem yang kami hasilkan. Kami sudah hubungi beliau saya tetapi saya tidak tahu bila beliau akan sertai MCU.
“Jika Keanu sertai kami, kami juga akan fikirkan jalan serta watak terbaik untuk beliau muncul dalam MCU.
“Perkara yang sama untuk Jake Gyllenhaal. Kami ambil masa untuk mencari watak untuk beliau dan kami rasakan watak Mysterio paling sesuai untuk Jake. Harap perkara ini dapat terjadi pada Keanu di masa akan datang,” katanya.
Selain Keanu, pelakon dan pengarah, Angelina Jolie turut ‘dilamar’ oleh Marvel beberapa bulan lalu.
Angelina kemudian mengesahkan perkara berkenaan dan akan berlakon dalam filem Marvel bertajuk ‘The Eternals’.
sumber: astroawani.com
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI2 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA1 month ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI2 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.