IKTIBAR
“RM20 je dalam kocek. Nampak macam gempak, tapi tengah tahan sebak..”

“RM20 je dalam kocek. Nampak macam gempak, tapi tengah tahan sebak..”
Setiap kali bawa isteri dan anak-anak membeli belah, si suami pasti risau sekiranya duit tidak cukup untuk menampung perbelanjaan mereka.
Bagi Mohd Hairie Bakri, dia hanya berbekalkan RM20 sahaja di dalam kocek ketika berjalan-jalan bersama isteri dan anaknya di sebuah pusat beli belah.
Perkara itu dikongsi menerusi laman Facebook miliknya sehingga tular dengan mendapat lebih 4,600 perkongsian.
RM20 RINGGIT PUNYA GILER
Gilar ke apa ni tengah-tengah bulan bawa anak isteri aku masuk pusat beli belah. Kau tenang jelah, dari rumah lagi aku dah cakap hanya bawak jalan-jalan, bukan membeli belah.
Anak dengan isteri aku senyum je. Aku memang sengaja buat-buat lupa yang dalam kocek aku tu cuma ada RM20 je tapi peduli apa aku, aku percaya rezeki tu Allah yang bagi. Tak mustahil si miskin ni boleh jadi kaya kalau Allah izinkan.
Siapa-siapa yang kenal aku, kalau aku kaya korang pun aku buat jadi sampai kaya. Itu kalau lah.. Hanya berbekal RM20, aku bawa anak isteri pusing satu mall. Nampak macam gempak, sebenarnya tengah tahan sebak.
Sepanjang jalan aku perhati je gerak geri bini aku, sesekali dia tenung kedai pakaian lama gila, aku dah cuak, kang datang angin dia nak, mana aku nak cekau duit.
Dia bukan tau duit aku punya baki. Tapi alhamdulillah, dia tak masuk, hanya perhati dari luar. Maafkan suamimu sayang…
…bukan aku tak mampu nak belikan, tapi ada perkara yang aku perlu utamakan, bila semuanya dah selesai, inshaallah aku beri apa yang kau idamkan.
P/s : Beli jiwa keluarga ni tak perlu modal yang besar, cukup kau beri perhatian dan masa untuk bersama. Jujur aku cakap, sebak hati ni bila tengok mata isteri nak sesuatu tapi tak tercapai.
Sumber : Mohd Hairie Bakri via ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI2 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA1 month ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI2 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.