Connect with us

RESEPI

Resepi Kueh Tiow Goreng Simple, Mudah Dan Sedap

Published

on

Resepi Kueh Tiow Goreng Simple, Mudah Dan Sedap

Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada kuey teow , leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat.

tapi untuk resepi kali ni, Resepi ni sangat simple dan tak menggunakan banyak bahan. hanya menggunakan bahan yang memang ada dalam dapur sahaja.. sebab tu tak berapa menarik tapi rasanya tetap sedap tau..boleh tahan juga. . Tauge apa pun takdaa. Kueh tiow ni kurang berseri sebab daun kucai takda, tauge takda dan cili merah pun takda.

BAHAN-BAHAN

  • Kueh tiow 1pek
  • Cili kering 10 tangkai (direbus)*
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 biji bawang merah kecik*
  • 1 sudu besar Kicap
  • 2 sudu besar Sos thai
  • Garam secukupnya
  • 1 sudu besar Gula
  • Air limau nipis
  • 2 biji telur
  • Isi ayam ( potong dadu)
  • Carrot ( potong memanjang)

CARA-CARA

  1. Kisar halus bahan bertanda * dan tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan gula, garam, sos thai, kicap, carrot dan isi ayam. Kacau sebati
  3. Pecahkan telur dan dibiarkan separuh masak, baru gaul-gaul dan masukkan air limau.
  4. Masukkan kueh tiow dan gaul rata. Jangan cucuk-cucuk plak. Kang hancur tak best!
  5. SIAP!

gambar 1

gambar 2

gambar 3

P/S : Kueh tiow tu korang WAJIB ramas-ramas lembut supaya tak melikat antara satu sama lain. Biar bercerai diorang semua.  Kalau kurang garam masa dah masukkan kueh tiow tu, korang bancuh garam dengan air panas dan curahkan. Gaul sebati.

sumber: nana ismail

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement

Trending