RESEPI
Resepi Buat Biskut Cornflakes Susu Tanpa Bakar Mudah DAn Sedap. Rangup & Cair Di Mulut

Resepi Buat Biskut Cornflakes Susu Tanpa Bakar Mudah DAn Sedap. Rangup & Cair Di Mulut
“Lecehnya nak bakar-bakar kuih raya ni. Oven aku dah lama tak berasap, entah elok ke tidak tu. Ada tak resepi kuih raya best yang tak payah bakar?”
Sedar tak sedar kita dah pun menghampiri minggu-minggu terakhir bulan Ramadhan.
Mungkin ada yang baru ada masa nak buat kuih raya. Jangan risau, ada banyak resepi mudah yang boleh dibuat walaupun dalam tempoh yang singkat.
Antara contoh biskut raya yang paling senang tapi sedap ialah kuih cornflakes susu ni. Memang simple sangat, tak perlu bakar pakai oven pun!
Jom kita tengok resepinya yang dikongsikan oleh Puan Siti Nailah AlFarafisha Roslan ini.
RESEPI BISKUT CORNFLAKES SUSU TANPA BAKAR
Ini resepinya kalau nak rasa biskut yang tak perlu bakar. Rasanya memang sedap sangat. Serius menjadi! Bahannya pun senang nak cari. Resepi asalnya saya ambil dari Putra Mawar Danisha.
Ini bahan-bahannya.
- 4 cawan tepung gandum
- 1 cwn minyak sapi + 1 sdb lg
- 1 cwn gula kastor
- 2 cwn cornflakes di ramas
- Susu tepung secukupnya untuk salut
CARA-CARA
1. CAIRKAN MINYAK SAPI
- Pertama sekali, panaskan minyak sapi hingga cair.
- Ketepikan dalam sebuah bekas.
2. GORENG TEPUNG SAMPAI RINGAN
Kemudian, sangai (goreng tanpa minyak) tepung gandum lebih kurang 5 minit macam tu.
Bila tepung jadi ringan tu maknanya dah boleh angkat.
3. CAMPURKAN GULA KASTOR & CORNFLAKES
- Tak payah tunggu tepung tu sejuk, boleh campur terus dengan gula kastor dan cornflakes.
- Gaulkan semua bahan kering hingga sebati.
4. MASUKKAN MINYAK SAPI
- Seterusnya kita masukkan minyak sapi yang dah dicairkan awal-awal tadi.
- Gaulkan hingga sebati.
5. BULAT-BULATKAN
Sekarang dah bolehlah bentukkan jadi bulat-bulat.
6. SALUTKAN DENGAN SUSU TEPUNG
Akhir sekali, salutkan terus dengan susu tepung.
Siap!
Lepas tu boleh terus simpankan dalam balang.
Untuk sukatan di atas ni dapatlah lebih kurang 2 balang kecil. Boleh sangatlah tu kan?
RANGUP & CAIR DI MULUT
- Macam nilah rupa kuih tu bila digigit. Memang sedap… Rangup di luar sebab ada guna cornflakes tadi.
- Kombinasi semua bahan pun sesuai dan cair di mulut bila dimakan.
- Resepi biskut tanpa bakar
- Rugi tak cuba sebab senang sangat. Tak payah nak pakai oven atau mixer.
- Senang nak buat, dapur pun tak berkecah kan?
Selamat mencuba!
*Resepi ini dikongsikan oleh Puan Siti Nailah AlFarafisha Roslan menerusi Facebook Group Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, rujuk resepi asal di SINI.
sumber: siraplimau
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana
-
VIRAL10 months ago
2 minggu anak tak makan sampai tinggal tul4ng, mak ayah bagi al4san terlalu sibuk bekerja
-
VIRAL10 months ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
KELUARGA4 years ago
Mampu Kumpul Rm12,000 Dalam Tiga Bulan. Lelaki Bergaji Rm800 Ini Kongsi Tips
-
HIBURAN4 years ago
Kerana Membeli Secara Online, Lelaki Ini Menangis Sebaik Sofa Sampai Ke Rumah
-
IKTIBAR4 years ago
“Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah”
-
INSPIRASI3 years ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
PETUA4 years ago
Inilah 5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
-
AGAMA3 years ago
Larangan Menggantung Gambar Kahwin Serta Keluarga. Ini Jawapan Mufti Wilayah