Resepi apam nasi gebu dan sedap

Lebihan Nasi Waktu Sahur Jangan Buang, Buatkan Apam Nasi Gebu Ni, Senangnya!

Ketika berpuasa ini ada waktunya lebihan nasi ketika bersahur kita buang begitu sahaja. Elakkan membazir kerana lebihan nasi boleh diolah menjadi pelbagai aneka lain untuk juadah berbuka esok hari. Salah satunya adalah menyediakan apam nasi atau juga boleh dimasukkan ke dalam adunan cucur. Pokoknya harus rajin dan kreatif.

Resipi apam dari lebihan nasi yang dikongsikan oleh Zuraini Ramli ini cukup sedap. Paling menarik kerana cara hendak menyediakan Apam Nasi ini cukup mudah. Anak-anak pasti suka.

Time sahur je, mesti ada jer nasi lebih. Ambik simpan dalam bekas, lepas tu simpan dalam peti. Sayangkan nak buang. Selain buat nasi goreng, akak blend halus-halus. Campur dengan tepung buat apa-apa jenis cekodok. Memang lembut. Semalam akak buat apam nasi. Alhamdulillah. Naik elok je.

Apam Nasi

  • 1 cawan nasi
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan gula putih -nak kurang manis letak 3/4 cawan
  • 1 cawn tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sb yis mauripan
  • Secubit garam halus
  • (Kacau sebati)

Ketiga-tiga bahan ni, nasi, air dan gula diblend sampai halus.

Satukan bahan tepung dan yis, biar 2 atau 3 jam dalam bekas tertutup. Akak perap 3 jam. Perap dulu ye.

Baru letak warna kesukaan. Sapukan dulu acuan dengan minyak. Supaya tak melekat.

Pastikan air mendidih, baru kukus. Lebih kurang 10 – 15 minit.

Siap!

Selamat mencuba!

sumber: majalah pa&ma

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 937 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan