INFORMASI
Punca Ramai Anak Muda Mening gal Kerana Masalah Jantung. Doktor Ini Kongsi Sebabnya

Ramai Anak Muda Pergi Kerana Masalah Jantung, Doktor Ini Kongsi Sebabnya
Baru-baru ini, pemergian pelakon terkenal Ashraf Sinclair telah mengejutkan seluruh rakyat dari dua buah negara, Malaysia dan Indonesia. Dikatakan suami kepada BCL ini menghembuskan nafas terakhir pada usia 40 tahun kerana masalah heart attack. Rentetan daripada peristiwa itu, anak muda mungkin boleh mengambil iktibar dan lebih prihatin terhadap kesihatan diri. Pemakanan bukan sahaja penyebab kepada masalah jantung. Bahkan, seorang doktor ini mendedahkan bahawa hypertension, obesiti dan stres juga boleh menjadi puncanya.
- Penemuan baharu oleh pakar perubatan
Memetik petikan daripada Sinar Harian, Dr Zubaidi Ahmad berkata terdapat kajian yang sudah dijurnalkan menjelaskan jantung tidak mampu berfungsi dengan baik sewaktu kita mengalami tekanan. Ia boleh mengganggu fungsi sebenar yang mengundang kepada masalah jantung lebih serius. Selain itu, pengamal perubatan am tersebut turut berkongsi kisah berdepan dengan seorang patient yang mengalami strok akibat tidak cukup rehat.
- Fokus juga kepada masalah stres
Dr Zubaidi mengulas dengan lebih lanjut bahawa ramai di antara kita yang menjaga pemakanan bagi mengelak masalah jantung. Malangnya, ramai pula terlupa bahawa stres juga mampu membawa seseorang kepada masalah yang lebih serius seperti kemurungan dan sebagainya. Tambahnya lagi, kurang tidur dan tidak cukup rehat akan mengakibatkan stres sekali gus membawa kepada masalah jantung.
- Artis dan ahli sukan menghidap masalah jantung
Tanpa kita sedar, sudah ramai orang-orang terkenal yang pergi akibat komplikasi tersebut. Selain daripada bekas Hero Remaja 1997 iaitu Ashraf Sinclair, turut ‘pergi’ Allahyarham Mohd Faizal Yusuf (pelakon), Allahyarham Hani Mohsin (pengacara terkenal), Allahyarham Shamrin (vokalis kumpulan Fotograf), Allahyarham Mohd Suffian Abd Rahman (penjaga gol Negeri Terengganu) dan mendiang Jacky Ng Kiat Kee (pemain bola keranjang).
gambar sekadar hiasan
Sumber : Facebook DrZubaidiHjAhmad ,facebook sinar harian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.