Connect with us

IKTIBAR

“Pucat muka dia weh…” Kereta pakcik kena langgar. Tak sangka budak 10 tengah ajar budak 9 tahun bawa kereta.

Published

on

“Pucat muka dia weh…” Kereta pakcik kena langgar. Tak sangka budak 10 tengah ajar budak 9 tahun bawa kereta.

Zaman budak-budak,memang otak fikir nak main sahaja. Mereka jenis berani untuk bermain apa sahaja dan suka mencuba. Tetapi tak sangka pula sampai berani bawa kereta. Selalu kita dengar budak-budak sekolah rendah ni paling teruk pun naik moto merempit. Superman atas moto kriss atau Honda Ex5. Superman atas basikal lajak. Tapi tak sangka,ada yang lagi hebat. Budak sekarang dah bawak kereta pulak,nak Kanjo atau drift mungkin. hurmm

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter iaitu TeD telah meluahkan rasa kesalnya kepada dua orang budak lelaki. TeD telah memuatnaik beberapa keping gambar kereta milik pakciknya yang telah terlibat dalam kemalangan. Daripada gambar yang ditunjukkan itu,agak teruk jugalah keadaan kereta yang dialami pakciknya.

TeD menjelaskan kereta pakciknya telah berlanggar dengan Honda dibahagian sisi. Paling mengejutkan, selepas kemalangan berlaku, kelihatan dua orang budak sekolah rendah terkedek-kedek dengan muka pucat keluar daripada kereta Honda berkenaan. Menurut TeD, bila disoal, rupa-rupanya budak yang berumur 10 tahun itu sebenarnya tengah ajar kawan dia yang berusia 9 tahun memandu kereta. (Aduh..abang tepuk dahi dengar cerita ko dik…tak tahu nak marah ke nak gelak)

Berikut pesanan TeD kepada rakan-rakan di Twitternya.

” Kepada mak ayah semua, harap dpt lah pantau anak2 sebaik mungkin dan jangan letak kunci kereta tmpt yg anak2 senang amik.. yg paling penting jgn tinggalkan kunci dlm kereta terbiar je.. kereta uncle aku kena langgar, dgn budak 10 tahun, dia ajar budak 9 tahun bawak kereta ..”

Berikutan daripada Twitter itu,ramai rakan TeD memberi respon kepadanya. Rata-rata tak sangka,budak 10 tahun mengajar budak 9 tahun bawak kereta.

Pesanan yang boleh diberikan ialah,ibu bapa perlu berhati-hati dengan tingkah laku anak kita. Kalau dah nampak anak kita ni ligat dia lain macam, mula suka start enjin motor. Pulas-pulas throttle motor atau main-main bawak kereta. Berhati-hatilah,sorokkan je kunci motor dan kereta selepas guna.

Bukan kita nak kata kedekut dengan budak,tapi mereka belum layak lagi memandu atau menunggang motorsikal sendirian. Mereka anggap motorsikal atau kereta itu ibarat mainan seperti basikal. Tetapi ingatlah jika tersilap langkah, nyawa anak kita yang hilang. Lebih sedih jika turut melibatkan keselamatan dan nyawa orang lain. Motorsikal,kereta boleh dibeli,tetapi ingatlah nyawa tiada tukar ganti.

Sumber: Twitter TeD via majalahminda

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending