Connect with us

KESIHATAN

Petua Merawat Penyakit Kencing Manis Dengan Peria Katak & Apple Hijau.

Published

on

Jus Peria & Epal Hijau

Apa yang menariknya, Saintis telah mengesahkan perubatan tradisional telah menggunakan sayur pahit ini sebagai bahan penting dalam sistem perubatan. Malah boleh dikatakan kapsul dan tinktur peria digunakan untuk merawat masalah penyakit diabetes, virus, kolesterol tinggi dan psoriasis. Orang kata, mencegah lebih baik daripada mengubati, atau dengan kata lain merawat lebih baik daripada membiarkannya terus merebak. Walaupun kita yakin sihat, tapi apa salahnya sesekali mencuba jus begini untuk menjaga kesihatan.

Amie tidak mempunyai peria katak, jadi Amie gunakan peria biasa. Itu pun Amie pilih kulit yang berwarna hijau, kerana warna sedemikian dipercayai mempunyai rasa yang agak pahit berbanding peria yang berwarna hijau muda atau hijau keputih-putihan.

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji peria – bersihkan dan buang biji – potong kecil-kecil
  • 2 biji epal hijau – buang biji dan potong kecil-kecil
  • 300ml air masak

Cara:

  • 1. Campurkan peria, epal hijau dan air masak ke dalam pengisar.
  • 2. Kisar hingga halus.
  • 3. Tapis bahan kisar.
  • 4. Tuangkan jus ke dalam gelas.
  • 5. Sedia untuk dihidangkan.

Bagaimana caranya Amie minum Jus Peria & Epal Hijau? Tarik nafas. Lepaskan nafas. Minum perlahan-lahan sehingga habis!

Peria katak penawar penyakit

PERIA atau nama saintifiknya Momordica Charantia, sejenis sayuran pahit rasanya tetapi memiliki seribu satu khasiat kepada kesihatan manusia.

Dalam perubatan Ayurveda misalnya, masyarakat India menggunakan peria katak bagi merawat ekzema dan jangkitan kulit, manakala masyarakat Amerika pula memanfaatkan khasiat peria untuk mengubati malaria dan demam.

Bagi masyarakat Melayu, selain dijadikan ulam, peria katak umpamanya, berperanan sebagai jus minuman harian kerana dipercayai menjadi penawar diabetes.

Sebenarnya, sejak zaman purba, peria banyak digunakan bagi merawat asma, sembelit, malaria, demam, selesema, cacing, batu karang, buah pinggang, buasir dan kulit melecur lantas menunjukkan kebaikan tumbuhan ini untuk dijadikan makanan harian.

Bantu rawat diabetes

Penyelidik mendapati peria memberi kesan hipoglisemik dan bertindak menurunkan paras gula dalam darah. Cara paling mudah membantu merawat diabetes adalah dengan mengambil jus peria setiap pagi. Bagi mengurangkan rasa pahit, peria boleh dicampurkan dengan epal hijau dan oren.

Khasiat peria katak

  1. Membantu menyerapkan bahan terkandung pada peria ke dalam hati dan otot seterusnya merangsang kandungan glikogen untuk tenaga.
  2. Melewatkan pengosongan uncang perut, meningkatkan sel beta dalam pankreas dan seterusnya melambatkan kadar penyerapan glukosa.
  3. Mengandungi phytoinsulin yang boleh menurunkan kadar gula dan mampu menangani masalah berat badan berlebihan.
  4. Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, magnesium, folat, zink dan kadar Vitamin dua kali ganda berbanding brokoli.
  5. Ada sejenis multi vitamin semula jadi kerana sarat dengan nutrisi dan 20 bahan kimia aktif bertindak sebagai anti HIV, anti diabetes dan anti kanser.

Keburukan peria katak

  1. Cara penyediaan penting. Perlu dimasak dengan betul bagi mengelak kandungan racun yang boleh menyebabkan kesan toksik seperti cirit-birit, hipoglisemia, muntah dan jika tidak dirawat mungkin menyebabkan maut.
  2. Sesuai dimakan bagi mengawal masalah diabetes tetapi perlu direbus atau direndam dengan air garam terlebih dahulu.
  3. Penghidap diabetes yang bergantung pada ubat perlu merujuk kepada doktor terlebih dahulu kerana dibimbangi mengalami masalah hipoglisemia. Ia tidak boleh dicampur dengan ubat moden.

sumber: beritaharian & salamisimon

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending