Connect with us

RESEPI

Petua Buat Sambal Nasi Lemak Merah &Pekat Berkilat, Gerenti Sedap!

Published

on

Petua Buat Sambal Nasi Lemak Merah & Pekat Berkilat, Gerenti Sedap!

Nasi lemak tidak sempurna tanpa sambal. Sambal yang sedap menjadikan hidangan nasi lemak itu menjadi sempurna. Jika sambalnya kurang sedap boleh hilang selera dibuatnya.

Nasi Lemak adalah hidangan popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Tidak mengira bangsa, pangkat, umur semuanya menggemari hidangan nasi lemak ini.

Kebiasaanya sambal yang sedap boleh dilihat dari warna dan teksurnya. Jika warnanya merah cantik dan pekat kebiasaanya sambal itu sedap. Untuk buat sambal nasi lemak yang sedap, pekat dan warnanya merah cantik ada boleh ikuti perkongsian resepi Sis Norey Yusof yang merupakan pecinta nasi lemak.

Mari kita ikuti perkongisan beliau di bawah ini.

CARA BUAT SAMBAL NASI LEMAK SEDAP, PEKAT & MERAH CANTIK

Rasa nak mkn nasi lemak. Kebetulan lauk kat peti kurang. Benda palingg senang simple. Anak-anak suka. Kami pencinta nasi lemak. Dah lewat breakfast kami sekelurga.

BAHAN-BAHAN

(Untuk 6 Orang Makan)

  • 1 labu Bawang holand
  • 5 ulas Bawang merah
  • Sedikit halia
  • Sedikit belacan
  • Sedikit ikan bilis
  • 6 sudu besar cili kisar

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Blender semua bahan kecuali cili kisar dan tumis sampai pecah minyak.

2. Dah pecah minyak baru masukkan cili kisar 6 sudu besar.

3. Masukkan pula gula/nisan, garam, sedikit air asam jawa dan perasa. Masak lagi hingga pekat.

Dah siap! Selamat mencuba!

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Perdana Ya.

Sumber : Viral Malaysiaku

Continue Reading
Advertisement

Trending