HIBURAN
Pesan Alif Satar Buat Suami Isteri

Telefon Bimbit Letak Jauh-Jauh,”- Walau Tak Sembang, Tapi Tengok TV Sama-Sama, Ini Pesan Alif Satar Buat Suami Isteri
Artis versatil, Alif Satar mengakui bahawa setiap rumah tangga pasti ada turun naiknya. Bagaimanapun, pengacara Big Stage itu memaklumkan dia perlu bijak mengatasi setiap masalah yang dihadapi dengan cara yang matang dan profesional.
“Kita kena sama-sama bahagia dan kongsikan kebahagian bersama. Setiap pasangan perlu sokong antara satu sama lain dari segi mental, fizikal dan spiritual. Itu merupakan kunci kejayaan sebuah perkahwinan.
“Komunikasi juga adalah perkara penting dalam setiap perhubungan kerana dari situ pasangan masing-masing tahu tahap ego sendiri. Sebaiknya biarlah mengaku kalah sebelum perkara yang tak diingini berlaku,” kata Alif menerusi perkongsian video Zayan My.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Sesungguhnya ini pernah berdepan dengan dugaan dan isteri, Sha Dila Halid sebagai penguat semangat.
“Bila saya jatuh, dia (isteri) yang akan bantu saya dan beri semangat kepada saya untuk teruskan perkara seperti biasa. “Pengorbanan paling besar sekali adalah ketika menjaga anak-anak di rumah. Tambahan pula setiap ibu bapa bekerja, balik rumah kena jaga anak-anak.
“Bagi saya ,ada satu penghargaan atau penghormatan kepada para ibu di luar sana yang bekerja atau tidak dan menjaga satu unit keluarga. Itu bukanlah perkara yang senang kerana anak-anak ada karenah masing-masing,” kata Alif yang telah mendirikan rumah tangga bersama isteri pada September 2014.
Akui Alif, setiap pasangan suami isteri perlu banyak meluangkan masa bersama agar hubungan erat terjalin mesra.
“Telefon bimbit boleh letak jauh-jauh. Suami isteri perlu duduk setempat, walaupun tak bersembang tapi duduk tengok TV bersama, membaca dan banyak lakukan aktiviti bersama. Itu yang akan menjalinkan hubungan antara satu sama lain
“Perkara paling penting dalam rumah adalah meja makan. Sekurang-kurangnya sehari sekali kena makan sama-sama; sarapan, makan tengah hari dan makan malam sebab bila makan, kita kongsi dan makan bersama,” kongsi Alif yang dikurniakan dua orang anak iaitu Ariana Mecca dan Alisha Anugerah.
Video : Zayan My via mediahiburan.my
Sumber foto: rotika
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.