Connect with us

ISU SEMASA

Periksa Telefon Suami Merupakan Jenayah Moden

Published

on

Periksa Telefon Suami Merupakan Jenayah Moden Dan Boleh Didenda Lebih RM 500 Ribu

Zaman serba canggih kini sememangnya mudah mengundang rasa tidak selesa tatkala pasangan sering berkepit dengan telefon bimbit. Jika sehingga ke bilik mandi pun telefon dibawa, rasanya memang patut pasangan curiga dan keinginan untuk memeriksa telefon pasangan menebal.

Mungkin ini sudah menjadi lumrah apabila terlalu banyak berita memaparkan kecurangan pasangan menerusi media sosial yang semakin berleluasa. Siapa yang mahu hubungan hancur kerana orang ketiga, antara langkah berjaga-jaga ialah dengan sentiasa memeriksa telefon bimbit pasangan.

Antara masa yang selalu digunakan untuk mengintip biasanya ketika pasangan tidur ataupun ketika mereka terlupa membawa telefon bimbit. Bukan tidak percaya, tetapi langkah mencegah adalah lebih baik.

Walaubagaimanapun tahukah anda bahawa di Arab Saudi, jika anda memeriksa telefon bimbit milik pasangan anda tanpa pengetahuan mereka kerana berasa was-was dengan kesetiaan mereka, anda boleh berdepan dengan hukuman penjara serta denda sebanyak 500,000 Riyal (RM 557,961.80).

Di Arab saudi, suami ataupun isteri yang ditangkap mengintip ataupun memeriksa telefon bimbit pasangan mereka dengan tujuan untuk membuktikan bahawa pasangan mereka berlaku curang terhadap mereka boleh dikenakan hukuman penjara selama setahun, atau denda 500,000 Riyal (RM 557,961.80), ataupun kedua-duanya sekali.

Menurut sumber undang-undang, hukuman tersebut akan dikenakan ke atas sesiapa yang didapati bersalah mengakses telefon bimbit pasangan mereka tanpa kebenaran.

Hukuman penjara selama setahun serta denda sebanyak 500,000 riyal (RM 557,961.80) boleh dikenakan ke atas salah seorang pasangan mereka yang didapati bersalah menghantar apa-apa informasi kepada alat peranti lain yang boleh diakses mereka sahaja.

Jika seseorang itu hanya memeriksa kandungan yang terdapat dalam telefon bimbit tersebut dan tidak menghantarnya atau merakam apa-apa informasi, hukuman yang dikenakan terhadap mereka akan diringankan.

Abdul Aziz bin Batel yang merupakan seorang peguam dan penasihat undang-undang menyatakan bahawa, apa-apa jenayah yang membabitkan penggunaan komputer, telefon bimbit, serta kamera termaktub di bawah akta jenayah siber dan akan dikenakan hukuman terhadap si pelakunya.

Didenda RM165 ribu periksa telefon suami

Dubai: Seorang wanita berusia 30-an didenda dan diarah meninggalkan Emirah Arab Bersatu (UAE) kerana mencampuri urusan peribadi suaminya dengan memeriksa telefon lelaki berkenaan bagi memastikan suaminya tidak curang.

Wanita dari sebuah negara Arab itu didenda 150,000 dirham (RM165,366) oleh mahkamah di Ajman.

Menurut media UAE, wanita itu yang mengesyaki suaminya, juga 30-an, menjalin hubungan sulit, mengaku memeriksa telefon suaminya tanpa kebenaran dan memindahkan gambar ke telefonnya.

Suaminya membuat aduan dan minggu lalu, mahkamah memutuskan dia bersalah melakukan jenayah siber yang dihukum mengikut undang-undang menceroboh hak peribadi seseorang menggunakan teknologi maklumat. – Hmetro (Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2016 @ 10:50 PM)

Sumber: bukan aku , Hmetro , Siakap keli 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending