VIRAL
Penulisan Tahriri, Beliau Berjaya Salin 30 Juzuk Alquran. Kepakaran Luar Biasa

Kepakaran Luar Biasa. Penulisan Tahriri, Beliau Berjaya Salin 30 Juzuk Alquran.
Tidak dapat dinafikan bahawa sesetengah orang sememangnya dikurniakan dengan bakat serta kepakaran seni yang sangat bagus tidak kira sama ada seni bernyanyi, berlakon, melukis, penulisan dan sebagainya.
Bagi yang melayari laman Twit, anda pasti tahu bahawa sekarang wujudnya ‘trend’ di mana warganet berkongsi mengenai kepakaran masing-masing.
Tidak terkecuali, seorang pengguna Twit, Ahsanul Fikri juga berkongsi mengenai tulisan tangannya yang mendapat perhatian ramai.
Dihubungi satu laman web, Ahsanul berkata tulisan tersebut dipanggil sebagai penulisan tahriri iaitu salinan tulisan tangan ayat Quran.
Menurutnya, gambar yang dimuatnaik olehnya diambil semasa menjalani pengajian Persijilan Tahfiz di Darul Quran
Antara keperluan program itu ialah perlu membuat salinan bertulis tangan ayat Quran yang dihafal dan beliau telah berjaya menyalin 30 juzuk ayat Al-Quran.
Tambahnya lagi, dia telah belajar tulisan tersebut sejak dari sekolah menengah lagi iaitu pada usia 13 tahun.
Ahsanul yang kini berusia 22 tahun dan belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata pada awalnya agak susah untuk membuat tulisan tersebut dan menghadapi beberapa kesalahan seperti tersilap baris dan tertukar ayat.
Namun dengan hasil latihan yang kerap, ia dapat dilakukan dengan mudah dan sehari boleh menulis sebanyak sejuzuk.
Walaupun dia kini tidak lagi membuat penulisan tahriri namun dia tetap membelek ayat-ayat tersebut dan menyemak semula hafalan.
Dalam pada itu, rata-rata warganet yang membanjiri komen memberikan reaksi yang positif dan memuji penulisan tersebut.
Sumber: Ahsanul Fikri via imuslim network
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.