ISU SEMASA
Pemergian Yang Dicemburui. Pakcik Ini Meningg4l Duni4 Semasa Mengaji

Sempat ucap syahadah tiga kali, pakcik meninggal dunia masa mengaji
Seorang warga emas, Mat Jusoh Harun meninggal dunia ketika bertadarus di sebuah masjid berhampiran rumahnya di Kampung Pauh Panji, malam tadi.
Kematian bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, Tumpat itu berada dalam khusnul khatimah kerana sedang membaca ayat suci al-Quran sebelum tersembam.
Malah arwah yang berusia 65 tahun itu juga masih mampu membaca beberapa potong ayat al-Quran dan mengucap dua kalimah syahadah sebanyak tiga kali sebelum menghembuskan nafas terakhir jam 10 malam.
Isteri arwah Wan Hasnah Wan Mohd Nor berkata, dia dimaklumkan bahawa arwah ketika itu masih mempunyai nadi tetapi terlalu lemah sementara menunggu ketibaan ambulans.
“Ketika itu saya berada di rumah dan dihubungi rakan suami meminta datang ke masjid kerana suami tidak sedarkan diri.
“Saya meminta supaya mereka membawa suami ke hospital, namun menyuruh saya datang sendiri ke masjid melihat keadaan suami,” katanya.
Setelah tiba di masjid, dia melihat kedua belah kaki suaminya sudah diikat dan pihak hospital bertanya sekiranya ingin membuat bantuan pernafasan kecemasan (CPR) yang mungkin menyebabkan tulang mangsa patah.
Walau bagaimanapun, tindakan tersebut tidak diizinkan Wan Hasnah malah reda jika ajal suaminya dijemput Ilahi setakat itu.
“Arwah seolah sudah tahu akan dijemput (Ilahi) kerana saya dimaklumkan dia meminta untuk membaca (al-Quran) dahulu sedangkan gilirannya belum tiba lagi.
“Suami juga tidak mengalami sebarang penyakit tapi pernah mengadu rasa sakit di bahagian jantung tetapi tidak mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya.
Sumber : Harian Metro via ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.