KESIHATAN
Orang kata kurus baru cantik, bila gemok lagi orang kutuk. So, ada beza ke?” Berat Naik Dari 43KG Sampai 81KG, Wanita Ini Kongsi Hikmahnya

Orang kata kurus baru cantik, bila gemok lagi orang kutuk. So, ada beza ke?” Berat Naik Dari 43KG Sampai 81KG, Wanita Ini Kongsi Hikmahnya
Walaupun ramai wanita yang mengidamkan bentuk badan yang kurus dan langsing, masih ada yang merasa selesa dengan badan yang ‘chubby’ ataupun berisi.
Justeru itu janganlah kita memandang hina atau menyindir mereka yang berbadan besar dan gemuk.
Jom baca perkongsian Puan Niena Shamsir hikmah berat badannya naik sehingga 81KG dari 43KG.
Apa hikmah saya dapat bila berat badan naik dari 43kg sampai 81kg?
- 1. Saya makin sangat nak menjaga tutur kata especially bila melibatkan bab penampilan seseorang. (Cakap orang gemok / tak cantik / buruk)
- 2. Saya selesa pakai jubah dan tudung size besar, padahal dulu segan nak pakai sebab nanti nampak macam alim sangat. (Ni dulu la pemikiran kolot masa zaman berat 43kg. Ntah pape kan.
- 3. Saya dah lama tak beli seluar jeans. Dan tak ada rasa nak beli seluar jeans dah.
- 4. Nafsu shopping dah tak kuat macam masa zaman badan slim persis model tak cukup makan.
- 5. Saya faham macam mana rasanya terluka bila orang sentuh isu berat badan.
- 6. Saya boleh nampak siapa yang sebetulnya ikhlas sayang saya, bukan hanya kerana penampilan
- 7. Saya boleh tukar tayar sendiri (kalau saya kurus macam dulu, rasanya melompat pun takkan mampu longgarkan nut tayar )
Siapa cakap perempuan tak boleh tukar tayar sendiri?? Gemuk bukan sebarang gemuk, gemuk ku boleh tukar tayar kereta! Hahahaa, sengsara mandi peluh babe!
Dah wangi-wangi mandi, excited nak pi KLIA amik buah hati balik dari Jakarta. Sekali, tayar merajuk pulak. Dia memang sajeeeew je tau nak uji kekuatan tenaga lemak terpendam Ummi Haziq ni.
Alhamdulillah, sampai juga KLIA dengan menggunakan tayar spare. Semoga ayah Haziq tak tanjat jap lagi tengok tayar kena tebuk skru lagi sekali
8. Saya tetap kena kritik walau berapa pun berat badan saya. Kalau kurus, orang kata saya papan. Bila badan sedang-sedang, orang kata kurus baru cantik.
Bila gemok, lagi lah orang kutuk. So, ada beza ke? Takde (Tak kenyang dek pujian, tak mati dek kritikan)
9. Saya mampu dukung anak yang berat 14kg berjam-jam lamanya, especially kalau dia tak sihat dan ke hulu ke hilir mintak dukung walaupun dalam rumah.
10. Saya boleh angkat suami saya. Hahaha, awak boleh angkat suami awak tak?
Menjaga kesihatan sangat dituntut. Tapi, jangan riak sangat dalam menjaga berat badan sampai menyindir orang yang badan gemok. Not good, not good. Karang dia sumpah awak jadi lebih gemok, baru awak tau. Nak ke?
#DoneRiakGemok Saidatul Abdullah
“If you cannot do great things, do small things in a great way.” Napoleon Hill.
Sumber: yoy.my
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.