Connect with us

KELUARGA

Menurut Kajian Peluk Isteri 10 Saat Setiap Pagi, Mampu Buat Suami Panjang Umur 

Published

on

Menurut Kajian Peluk Isteri 10 Saat Setiap Pagi, Mampu Buat Suami Panjang Umur

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Menarik fakta ini! Menurut Pakar Motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta ini berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. “Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. “Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Se ks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Beri Kesan Positif

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. “Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. “Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah. Jadi para suami, selalulah peluk isteri semoga makin dipanjangkan umur.

VIDEO:

Artikel Berkaitan: Isteri Beruntung Jika Miliki Suami Dengan Sifat-Sifat Ini 

Dalam isu kali ini dalam bahagian Keluarga, majalah ilmu ingin membawa pembaca menghargai Si suami. Setiap wanita mengimpikan suami yang bukan sahaja boleh mencurahkan tanggungjawab dan kasih sayang terhadapnya tetapi turut melengkapi setiap kekurangan yang dimilikinya. Jika suami anda mempunyai 12 sifat-sifat ini, seharusnya anda beruntung kerana memiliki suami yang menjadi kebanggaan sekali gus membuatkan orang di sekeliling cembu ru dengan anda. Tak dapat 12 sifat salah 1 pun dah kira ok.. dan tolong hargai jasa si suami.

Apa kata anda tengok, ada ke suami anda miliki tanda-tanda ini.

1. Tidak Memandang Wanita Lain. Tak ramai lelaki yang seperti ini. Seorang suami yang baik tidak akan menjeling pada wanita lain, kerana tahu isterinya pasti cembu ru. Malah suami akan sentiasa setia dan tidak pernah berpaling daripada isterinya walaupun mungkin ada godaan daripada wanita lain. ini kerana suami begitu menghormati perasaan isterinya kerana tidak mahuisterinya terluka. 2. Selalu buat isteri bahagia sewaktu berada di sisinya. Seorang suami bukan sahaja berperanan sebagai seorang teman hidup tetapi harus menjadi seorang yang boleh melengkapi setiap kekurangan isteri. Malah suami juga perlu menjadi seorang ‘guru’ yang mendidik isteri, selain memenuhi keperluan isteri yang membolehkan isteri rasa bahagia apabila berada dekat dengan suami.

3. Cinta suami sentiasa mekar dan tak pernah pudar Jika suami betul-betul mencintai isterinya, suami pasti sanggup melakukan apa sahaja dan berkor ban untuk orang yang disayangi. Malah cinta yang diberikan kepada isterinya merupakan cinta yang tulus demi mengutamakan kebahagiaan isterinya dan bukannya bersandarkan naf su semata-mata ataupun penampilan luaran isterinya sahaja. Mengikut kajian, meluahkan rasa sayang secara teratur merupakan perkara terpenting yang boleh mendatangkan kepuasan dalam perkahwinan. 5. Tetap makan masakan Isteri walaupun Tak sedap. Semua manusia pastikan miliki kekurangan. walaupun mungkin isteri kurang sempurna dalam bnyak perkara, suami yang baik akan sentiasa memberikan sokongan untuk isteri untuk menjadi orang terbaik di masa akan datang. Sama sekali, suami tidak menyesal memperisterikan anda walaupun isterinya ada kekurangan. selain tidak pernah rasa lelah untuk mengajar dan memberikan yang terbaik agar isterinya menjadi wanita yang hebat.

6. Rajin Bantu isteri tanpa disuruh. Jika anda menyayangi isteri, seorang suami tidak akan tega membiarkan isterinya sahaja yang terbeban dengan segala urusan di rumah. Suami haruslah sama-sama meringankan beban isteri dalam menguruskan rumah tangga. Malah suami juga sanggup menggantikan tugas isteri tanpa mengeluh saat melakukannya. 7. Sentiasa ketawa bersama isteri walaupun hal-hal kecil Suami yang menjadi pujian isteri merupakan suami yang periang dan punya sifat hu mor kerana mampu membuatkan isteri sentiasa ceria. Walaupun perkara tersebut dianggap biasa bagi pandangan orang lain, namun disebabkan anda berdua saling memahami sifat humor masing-masing membuatkan hidup anda berdua sentiasa diseliputi rasa ceria dan gembira. Apabila isteri rasa gembira bersama orang yang disayangi ini menunjukkan anda seorang suami yang terbaik untuk isteri sekali gus terpancar rasa bahagia dalam rumah tangga.

8. Masih menganggap isterinya wanita yang tercantik

Semakin lama usia penikahan anda berdua, pasti isteri akan dimamah usia dan penampilan fizikal isteri juga berubah. Wajah yang tegang mulai kendur, rambut yang hitam mulai putih dan badan yang kurus semakin berisi. Sebagai seorang suami yang terbaik, di matanya tetap menganggap isterinya wanita tercantik dan masih menarik sama seperti kali pertama anda berdua bertemu. Malah dalam diam, suami masih cuba mencu ri pandangan terhadap isterinya tanpa isterinya sedar, selain mulutnya sering memuji kecantikan isterinya.

9. Berbincang dan minta pandangan isteri sebelum membuat keputusan

Apabila suami meminta pandangan isteri sebelum memutuskan sesuatu perkara atau anda dijadikan rujukan untuk merungkaikan masalahnya, ini menunjukkan bahawa isteri dianggap insan terpenting dalam hidupnya. Malah suami juga percaya dan menghargai keputusan yang isteri lontarkan. Tidak semestinya setiap pandangan isteri harus diterima namun setidak-tidaknya isteri juga berperanan dalam memberikan pandangan dan nasihat terhadap sesuatu perkara yang suami sedang fikirkan. 10. Sering membanggakan isteri di hadapan temannya . Walaupun isteri tiada di sisi, suami yang terbaik sentiasa membanggakan orang yang disayanginya di hadapan teman-temannya. Suami yang baik sama sekali tidak malu memiliki isterinya walau apa jua keadaan isterinya. Malah suami juga tidak malu memberitahu temannya yang dia bersyukur dan bangga kerana memiliki wanita seperti isterinya, selain menganggap isterinya istimewa dan menjadi keutamaan dalam hidupnya.

11. Tak jeling wanita lain kerana sangat mencintai isterinya

Tak ramai lelaki yang seperti ini. Seorang suami yang baik tidak akan menjeling pada wanita lain kerana tahu isterinya pasti cembu ru. Malah suami akan sentiasa setia dan tidak pernah berpaling daripada isterinya walaupun mungkin ada godaan daripada wanita lain. Ini kerana suami begitu menghormati perasaan isterinya kerana tidak mahu isterinya terluka, selain menghargai pengor banan isterinya daam memberikan sepenuh kasih sayang terhadap suami dan keluarga. 12. Sentiasa mengembangkan hubu ngannya dengan sang pencipta Sebagai imam dalam keluarga, suami yang baik akan sentiasa menjaga hubu ngannya dengan Allah SWT agar keluarganya sentiasa dirahmati dan berasa di jalan yang lurus. Selain itu, suami berusaha agar ilmu agamanya terus berkembang dengan lebih baik supaya dia dapat memimpin isteri dan anak-anaknya mengikuti perintah Yang Maha Esa.

Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Cinta Suami Isteri / majalahilmu via myinfomaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending