HIBURAN
Menumpang Menonton Tv Dari Tingkap, Azza Elite Nak Belikan Tv

Menumpang Menonton Tv Dari Tingkap, Azza Elite Nak Belikan Tv
PELAKON dan penyanyi Azza Elite, 42, bermurah hati mahu membelikan televisyen buat kanak-kanak yang fotonya tular sedang menumpang menonton televisyen dari luar rumah di sebuah lokasi.

RAKAMAN gambar kanak-kanak yang fotonya tular sedang menumpang menonton televisyen dari luar rumah di sebuah lokasi. FOTO Tular
Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari berkata, dia memohon jasa orang ramai ada maklumat mengenai kanak-kanak lelaki itu untuk tampil membantu merealisasikan usahanya.
“Saya tersentuh, saya pun pernah alami ini suatu ketika dulu. Tolong semua, ada maklumat pasal adik ini, beritahu di sini ya.
“Sedihnya tengok. Saya nak saja kumpul duit pakai duit review Instagram beli TV (televisyen) untuk dia. Tapi tak tahu adik ini kat mana. Masa kecil, saya juga tidak sesenang ini. Saya tahu bagaimana perasaannya. Sedih weh,” katanya.
Azza juga turut mendoakan kanak-kanak itu diberikan kesejahteraan di mana pun dia berada.
Menurutnya, dia berjanji mahu belikan TV buatnya jika mendapat maklumat lokasi kanak-kanak itu.
“Sekiranya adik bersekolah, belajar pandai-pandai okay. Bila dewasa esok, adik beli TV besar. Kesiannya adik ini.
“Saya tak tahu adik kat mana. Kalau tahu, senang sikit. Sekejap saja TV sampai rumah adik. Duit review saya ada sikit. Kalau tak cukup, boleh kumpul dengan kawan-kawan saya untuk belikan,” katanya.
Perkongsian Azza itu sekali gus menarik perhatian ramai selebriti lain untuk turut membantu.
Mereka termasuk Fasha Sandha yang menyatakan kesudian untuk turut menyumbang.
Terdahulu, foto kanak-kanak tumpang menonton TV dari luar sebuah rumah sebelum pintu rumah itu ditutup menjadi tular.
Warganet rata-rata bersimpati dengan nasib kanak-kanak terbabit.
sumber: hmetro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.