IKTIBAR
Manusia Sebaik Kejadian Tidak Perlu Tukar Dengan Cara Lain

Manusia Sebaik Kejadian Tidak Perlu Tukar Dengan Cara Lain
Manusia Sebaik Kejadian Tidak Perlu Tukar Dengan Cara Lain | Tadi kongsikan pandangan dari PU Syed berkenaan aplikasi FaceApp yang dikatakan haram untuk kita gunakan,
Jika berniat untuk menukar wajah lelaki kepada wanita, dan wanita pula mengubah wajah kepada lelaki walaupun hanya berniat suka-suka.
Aplikasi ini dahulunya sudah pernah viral tetapi kembali dimainkan semula, terutama dari kalangan artis.
Jadi, bawakan pula pandangan dari bekas Mufti Wilayah Perseketuan yang kini memegang jawatan sebagai Menteri Hal EhwaL Agama,
Datuk Seri Dr Zulkifli yang turut mengatakan perbuatan itu tidak patut dilakukan sewenang-wenangnya kerana bimbang boleh menjatuhkan maruah dan menjurus kepada keadaan yang tidak baik.
ALLAH telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian, jadi tidak perlu ditukarkan dengan cara yang lain.
Ini kerana ALLAH telah menetapkan kemuliaan terhadap manusia dari keturunan Nabi Adam dengan pelbagai kelebihan termasuklah akal dan wajah yang mempunyai ekspresi marah, suka, geram, dendam serta sebagainya.
Jadi saya nasihatkan agar ia dapat dielakkan daripada menukar wajah dengan wajah-wajah yang lain apatah lagi ada yang menukarkan wajah perempuan kepada lelaki dan sebaliknya.
Sebab itu kalau kita tengok, manusia ini bila dia hidup, dia ada nama tidak seperti ayam, kucing ikan yang tidak ada nama, tetapi manusia ni ada nama seperti Ahmad, Fatimah, Ali, Zainab dan seumpamanya.
Ini adalah untuk membezakan antara satu sama lain, jadi apabila kita tukar wajah dengan lelaki ditukar kepada perempuan dan seumpamanya,
Maka konsep yang sepatutnya kita kenal identiti mereka akan berubah dan merupakan sesuatu yang tidak baik. – Jelas Dr Zulkifli.
Mungkin ada diantara mereka yang tidak dapat menerima pandangan ini kerana sudah terbiasa melakukan perkara yang sebenarnya tidak digalakkan dalam agama dengan alasan ini hanya untuk suka-suka, kenapa perlu terlalu serius.
Tapi kita terlupa yang sebenarnya kita telah menyumbang kepada perkembangan sosial yang kurang baik untuk generasi muda yang mungkin boleh membuat keputusan untuk mengubah jantina.
Kredit: Sinar Harian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.