Connect with us

RESEPI

10 Istilah Makanan dan Nama Masakan Yang Mengandungi Khinzir

Published

on

istilah makanan dan nama masakan yang mengandungi Khinzir.

10 Istilah Makanan dan Nama Masakan Yang Mengandungi Khinzir

10 istilah makanan dan nama masakan yang mengandungi Khinzir. Hati hati membeli makanan..

Inilah istilah makanan dan nama masakan yang mengandungi Khinzir. Sepertimana yang ramai ketahui, daging khinzir adalah ha ram dimakan oleh umat Islam dan sudah diterangkan secara jelas di dalam Al-Quran. Salah satu firman Allah di dalam Al-Quran ialah “Diharamkan bagimu (memakan) bang kai, da rah, daging khinzir, (daging haiwan) yang disembelh atas nama selain Allah.” (QS. Al Maa’idah:3) Peringatan tentang ha ramnya memakan daging khinzir ini juga terdapat di dalam beberapa surah yang lain. Walaupun rakyat Malaysia majoritinya beragama Islam, namun negara kita juga mempunyai pelbagai kaum dan agama.

Jadi, adalah lebih baik untuk mengambil sikap cermat dan berhati-hati walaupun banyak restoran telah menyatakan sama ada makanan yang dihidangkan adalah “non-halal” atau “no pork served.” Dalam masa yang sama, maklumat yang kami kongsikan ini mungkin berguna jika anda melancong ke luar negara. Harap artikel ini dapat dijadikan tips ‘panduan travel’ dalam mengenali makanan yang tak boleh dimakan oleh umat Islam.

Di sini kami ingin kongsikan bersama anda istilah-istilah lain yang digunakan untuk hidangan makanan yang mengandungi daging khinzir ini.

istilah makanan dan nama masakan yang mengandungi Khinzir.

1. Pork

Makanan dan Nama Masakan Yang Mengandungi Khinzir

Istilah ini adalah yang paling kerap digunakan dan mudah ditemui. Kebanyakan kedai makan di Malaysia yang menghidangkan pork ini biasanya meletakkan tanda non-halal pada pintu masuk. Jika anda meragui apakah jenis hidangan yang disediakan oleh sesebuah kedai, jangan malu bertanya.

2. Bak Kut Teh

Makanan dan Nama Masakan Yang Mengandungi Khinzir

Makanan ini merupakan salah satu menu yang paling popular di restoran yang menghidangkan daging khinzir di Malaysia dan Singapura. Bak kut teh ini membawa maksud “Teh Tulang Khinzir” di dalam bahasa Cina. Ia biasanya dihidangkan menggunakan tulang rusuk khinzir dan campuran herba.

3. Bacon

Makanan dan Nama Masakan Yang Mengandungi Khinzir

Istilah bakon ini adalah sebutan bagi hirisan daging khinzir yang disalai. Menjadi kegemaran masyarakat bukan muslim di luar negara untuk dimakan bersama burger, sandwic atau menu lain terutamanya pada waktu sarapan. Berhati-hati ketika ke luar negara kerana anda mungkin berpendapat sandwic atau wafel adalah selamat dimakan namun banyak kedai makanan segera di luar negara menggunakan bakon dalam hidangan mereka.

4. Swine

Makanan dan Nama Masakan Yang Mengandungi Khinzir

Swine ialah istilah atau panggilan lain untuk khinzir yang dibela. Ia membawa maksud yang sama maksud dengan hog atau pig. Dagingnya yang dimakan barulah dipanggil pork.

5. Char Siu

Makanan dan Nama Masakan Yang Mengandungi Khinzir

Char Siu ini berasal dari perkataan Cina yang merujuk kepada daging khinzir panggang atau barbeku. Biasanya Char Siu ini berwarna merah muda. Jadi berhati-hatilah dengan menu ini jika berkunjung ke negara yang majoritinya terdiri dari kaum cina.

istilah makanan dan nama masakan yang mengandungi Khinzir.

6. Cu Nyuk

Makanan dan Nama Masakan Yang Mengandungi Khinzir

Memang istilah ini kedengaran sedikit lucu. Hidangan makanan kaum Cina yang dipanggil Cu Nyuk ini adalah banyak terdapat di negara jiran kita, Indonesia. Ia biasanya dihidangkan bersama bubur. Ramai juga masyarakat Indonesia yang beragama Islam yang masih keliru dengan masakan ini dan sering menjadi isu hangat di sana.

7. Yakibuta

Makanan dan Nama Masakan Yang Mengandungi Khinzir

Yakibuta adalah potongan daging khinzir di dalam istilah bahasa Jepun. Yakibuta ini sama maksudnya dengan braised pork. Ia biasanya dihidangkan bersama ramen. Jadi berhati-hatilah jika berkunjung ke restoran Jepun atau pergi melancong ke negara matahari terbit itu ya. Janganlah main bedal saja.

8. Dwaeji

Makanan dan Nama Masakan Yang Mengandungi Khinzir

Dalam bahasa Korea, daging khinzir ini disebut dengan nama dwaeji. Ia banyak ditemukan di dalam menu makanan seperti bulgogi atau galbi. Sudah banyak restoran Korea yang boleh ditemui di Malaysia sama ada yang halal mahupun yang tidak halal. Jadi berhati-hatilah dalam memilih tempat makan. Maklumlah, kita ketahui ramai orang Malaysia gemarkan budaya K-pop dan sering memilih Korea Selatan sebagai destinasi perlancongan.

9. Tonkatsu

Makanan dan Nama Masakan Yang Mengandungi Khinzir

Tonkatsu berasal daripada perkataan Jepun yang membawa maksud “tulang khinzir”. Ia biasanya dijadikan kuah ramen yang diperbuat daripada campuran lemak atau tulang khinzir. Bagi mereka yang tidak tahu maksudnya mungkin akan mudah keliru kerana boleh sahaja ia dihidangkan tanpa daging khinzir. Kepada penggemar ramen anda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan memeriksa terlebih dahulu menu sebelum membuat pesanan.

10. Ham

 

Ham ialah daging khinzir daripada bahagian potongan kaki yang telah diawet ataupun disalai. Kebiasaannya ia dihidangkan penuh dalam potongan itu sendiri ataupun dalam bentuk hirisan yang dimakan bersama sandwic. Jika anda menyangka asal-usul “Hamburger” itu bermula daripada burger yang mengandungi hirisan daging babi, anda salah. Hamburger dinamakan sempena nama bandar yang mula-mula mencipta burger iaitu di Hamburg, Jerman.

Makanan dan Nama Masakan Yang Mengandungi Khinzir

Begitulah serba sedikit penggunaan pelbagai istilah yang menggunakan daging khinzir. Terdapat banyak lagi terma lain dalam bermacam-macam bahasa yang merujuk kepada masakan daging khinzir ini. Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak membantu orang Islam di luar sana agar tidak tersilap memilih menu makanan mereka walau di mana anda berada.

sumber: iluminasi

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending