AGAMA
Lelaki Solat Jumaat Sambil Dukung Bayi Tersiar Dalam TV1 Meraih Perhatian Netizen

Solat Jumaat Sambil Dukung Bayi. Ramai Kagum Lihat Tenangnya Bapa Ini Urus Anak
Tindakan seorang lelaki mendukung bayi lelakinya ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan mengundang pelbagai reaksi netizen.
Tangkap layar aksi tersebut yang disiarkan secara langsung di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Shareen Omar dan kini tular di media sosial.
Gambar tersebut memaparkan seorang lelaki sanggup mendukung anaknya walaupun sedang menunaikan solat dan membaringkan anaknya dengan perlahan ketika duduk di antara dua sujud.
Perkongsian gambar oleh Shareen itu kini mencecah 5,200 tanda suka dan 7,400 warganet telah berkongsi gambar tersebut di media sosial. Rata-rata netizen memuji tindakan lelaki tersebut kerana situasi itu amat jarang berlaku pada lelaki.
“Kalau orang perempuan dah biasa gendong anak masa solat, namun kalau lelaki jarang sangat nak tengok. Syabas lelaki ini, mungkin isterinya tidak sihat dan mengambil tanggungjawab menjaga anaknya,” tulis Lidayana Ram di ruangan komen.
Hafiz Halim pula berkata, “Yang ni baru patut viral (tular). Semoga keluarganya jadi keluarga yang soleh dan solehah, amin.”
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang mempersoalkan ahli keluarga yang sepatutnya membantu menjaga bayi itu ketika lelaki berkenaan menunaikan solat Jumaat.Bagaimanapun seorang netizen, Aizatul Aisyah meminta pengguna Facebook yang bertanya hal itu supaya lebih menghayati ilmu melalui paparan video tersebut
“Ambil ilmu tu, bukan sibuk tanya mak dia, nenek dia, tokwan dia. Sah sembahyang tu. Dekat Arab sana, ramai yang macam ini cuma dekat Malaysia tiada orang buat. Tiada orang buat bukan bermakna tak sah,” tulisnya.
Sumber: FB Shareen Omar & Sinar Harian via majalah pa&ma
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.