Connect with us

KELUARGA

Larangan Mem ukul Anak Kecil Yang Sedang Menangis

Published

on

Larangan Mem ukul Anak Kecil Yang Sedang Menangis. Ini sebabnya Yang Membuatkan Ibu Bapa Menyesal

Janganlah kamu memukul anak- anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Karena pada empat bulan pertama kelahirannya dia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi SAW Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah ibunya.

Tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah ibunya.

Anak-anak sebelum sampai dia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya.

Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapaknya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.

Subhanallah….

Begitu indahnya syariat islam, sehingga apapun yang dilarang adalah tanda cinta ALLAH untuk manusia.

Mem ukul anak ada banyak buruk dari baik. Berhenti pu kul anak sekaran

Sebenarnya, kesan memukul anak lebih banyak negatif berbanding positif. Jika anda baca 5 sebab ini, pasti anda mahu berhenti memukul anak sekarang.

Kesan mem ukul anak sendiri – ada banyak keburukan berbanding kebaikan

Anda sudah biasa memukul anak jika mereka nakal? Tak kisahlah pukul gaya mana pun. Mungkin dengan menampar atau memukul punggung mereka. Tapi tahukah anda tentang kesan memukul anak ini?

Sebenarnya, memukul anak selalu dijadikan pilihan utama buat ibu bapa di Malaysia. Kita di sini diajar untuk mendidik anak dengan disiplin yang ketat.

Akan tapi, memukul mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan! Kesan memukul anak termasuklah trauma, anak membesar jadi ganas dan yang lebih buruk, anak bakal memukul anak mereka juga kelak!

Anda pasti tidak mahu jadi begitu, kan? Jadi, mari semak apa 5 kesan memukul anak dari sudut negatif, agar anda boleh mempertimbangkan untuk berhenti memukul anak sekarang:

1. Kesan mem ukul anak: tradisi kekerasan berulang

Masa kecil adalah masa untuk kanak-kanak meniru perbuatan orang dewasa. Kalau anda sudah terbiasa memukul anak, jangan hairan jika mereka akan memukul adik mereka pula.

Apabila ibu bapa kerap memukul anak, anak akan anggap “kekerasan” boleh dibuat untuk mendapatkan sesuatu. Maka mereka akan berperangai agresif.

Selepas itu, mereka akan mula agresif pada teman sebaya dan apabila dewasa, mereka akan jadi orang tua yang suka memukul anak.

Selain dari pukulan, kekerasan verbal seperti ugutan, cacian dan teriakan juga dianggap sebagai kekerasan.

2. Kesan mem ukul anak: merendahkan nilai diri anak

Semasa kecil, anak memahami tentang harga diri dari pandangan orang tentang dirinya. Jika anak kerap dipukul, mereka akan menganggap diri mereka ini tidak disayangi dan tidak dihargai.

Kekerasan akan membuatkan anak menyoal sama ada ibu bapa betul-betul menyayangi mereka atau tidak.

Sekejap anda menyayangi mereka, manakala sekejap lagi anda memaki-hamun dan mencerca mereka. Ini menimbulkan kekeliruan dalam nilai diri anak.

3. Mem ukul tidak membuatkan anak jadi berdisiplin

Menjadikan pukulan sebagai hukuman untuk mendisiplinkan anak sebenarnya tidak mengubah apa-apa pun. Sebaliknya, anda sedang menggalakkan mereka untuk membantah.

Seperti perumpamaan “semakin dilarang semakin dibuat“, itulah yang akan terjadi pada anak.

Sebenarnya, ibu bapa perlu bijak untuk membuatkan anak patuh. Nak buat anak patuh bukan bergantung pada kekerasan saja.

Prinsip untuk mendisiplinkan anak yang betul adalah dengan memberitahu mereka yang perbuatan mereka itu salah. Apabila anak tahu yang mana perbuatan salah dan betul, mereka akan melakukan benda betul.

4. Mem ukul buat anak makin marah lalu membenci ibu bapa

Anak kecil masih belum berfikiran rasional sama seperti orang dewasa. Ibu bapa fikir pukulan adalah hukuman untuk anak.

Tapi anak pula menganggap hukuman itu sebagai satu bentuk ketidakadilan, penghinaan dan rasa tidak dihargai.

Maka anak pun mula menyimpan rasa marah dalam hati mereka. Mereka juga akan menjauhkan diri dari si pemukul. Jika perbuatan memukul ini berterusan, jangan terkejut jika anak mula membenci ibu bapa.

5. Kesan mem ukul anak dalam jangka masa panjang

Beberapa kajian telah dilakukan untuk mengetahui apa kesan memukul anak dalam jangka masa panjang. Hasil kajian akan mengejutkan anda!

Anak yang biasa dipukul biasanya akan:

  • menjadi orang yang egois dan anti sosial. Mereka akan menggunakan kekerasan untuk menyampaikan perasaan mereka
  • mendapat gangguan psikologi jika jarang dipuji.
  • kanak-kanak yang pernah dipukul akan memilih untuk memukul anak mereka juga kelak
  • lebih agresif dengan orang lain
  • lebih agresif pada pasangan 4 kali lebih tinggi berbanding individu yang tidak dipukul ibu bapa
  • menjadi penjenayah dan melakukan kekerasan berlebihan

Walau apapun alasannya, janganlah kerapkali memukul anak. Memang kita mahu anak mendengar kata dan berdisiplin.

Tapi cuba guna cara berdisiplin yang lain. Anda boleh memukul anak, tapi jangan jadikan ia sebagai kebiasaan.

Sebenarnya, memukul anak tidak akan membuatkan anak menjadi lebih baik. Tapi mereka akan semakin jauh dari anda.

Anak berhak untuk membesar dalam suasana keluarga yang sihat secara fizikal mahupun mental. Maka, mari hentikan kebiasaan kita untuk memukul anak itu, walaupun ketika mereka nakal.

Sabda Rasulullah SAW ;

“Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.” (HR. Muslim)

Sumber: himpunan doa harian dan the asian parent

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending