INFORMASI
Kurangkan Habuk Rumah Dengan ‘Snake Plant’ Diikhtiraf NASA

“Rumah Kurang Habuk”- Diiktiraf NASA, Ini Kelebihan Tanam ‘Snake Plant’ Dalam Rumah
Menanam pokok ternyata boleh menjadikan mood seseorang itu menjadi lebih positif. Hal ini kerana ‘interaksi’ antara manusia dan tumbuh-tumbuhan dapat mengalirkan aura positif dan badan kita akan jadi lebih sihat. Tetapi, menanam pokok bukan sahaja boleh diletakkan di luar rumah, malah terdapat beberapa jenis tumbuhan yang anda sesuai juga untuk diletakkan di dalam rumah.
Salah satunya andalah Snake Plant yang telah diiktiraf oleh NASA sebagai salah satu jenis pokok yang boleh hilangkan toksin dan cuci udara di dalam rumah. Sekali pandang macam pokok lidah jin bukan? Namun, kategori dan jenisnya dari segi saintifik adalah sedikit berbeza.
TANAM SNAKE PLANT, BOLEH KURANGKAN HABUK DALAM RUMAH
Snake Plant antara pokok hidup yang disenaraikan oleh NASA yang mampu singkirkan toksid dan bahan cemar bawaan udara di dalam rumah.Yang paling best semenjak ada Snake Plant atas rak. Rak dah kurang berhabuk. Kalau tak dulu setiap 2 hari nak kena lap habuk.
Snake Plant juga antara pokok yang disebut “Hard To Kill”. Sesuai sangatlah untuk yang baru nak berjinak deco rumah dengan pokok hidup. Yang terasa diri tangan panas atau black hand pun boleh cuba tanam Snake Plant. Kali ni bonda nak kongsi cara, macam mana nak pindahkan Snake Plant ke pasu yang lebih kecil dan sesuai untuk dalam rumah.
1.Pokok ni ambil dekat rumah mak. Dah tak ada pasu. Kalau tak tau mana nak dapat, pergilah singgah nursery pokok. Sepasu snake plant RM15 dah boleh dapat.
2.Mana bahagian akar terkeluar macam dalam gambar potong je akarnya.
3.Ni hasil yang potong dengan akar.
4.Tak dapat akar, potong daun. Bahagian bawah potong menyerong. Potong menyerong supaya lebih permukaan pada hujung batang daun. Senang nak serap air dan nutrien bila dah cucuk dalam tanam.
5.Jenis pasu berlubang.
6.Tutup lubang dengan surat khabar.
7.Masukkan tanah 3/4 penuh.
8.Daun yang dah potong tadi. Cucuk-cucuk je dalam tanah.Ikutlah krativiti tangan masing-masing. Janji cucuk daun tu tak tumbang.
9.Dah siap cucuk. Bawa masuk dalam rumah. Alas pasu dengan alas. Nak elak kalau terover siram, air tak lah meleleh atas rak tu.Tapi pokok ni tak siram 2 minggu pun dia boleh hidup lagi.Snake plant tak suka air banyak. Jadi siram tu sekadar bagi tanah lembap sudahlah.
Selamat mencuba.
Sumber: Huda Zainal
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana
-
VIRAL10 months ago
2 minggu anak tak makan sampai tinggal tul4ng, mak ayah bagi al4san terlalu sibuk bekerja
-
VIRAL10 months ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
KELUARGA4 years ago
Mampu Kumpul Rm12,000 Dalam Tiga Bulan. Lelaki Bergaji Rm800 Ini Kongsi Tips
-
HIBURAN4 years ago
Kerana Membeli Secara Online, Lelaki Ini Menangis Sebaik Sofa Sampai Ke Rumah
-
IKTIBAR4 years ago
“Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah”
-
INSPIRASI3 years ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
PETUA4 years ago
Inilah 5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
-
AGAMA3 years ago
Larangan Menggantung Gambar Kahwin Serta Keluarga. Ini Jawapan Mufti Wilayah