Connect with us

INFORMASI

Khasiat Tempe Mampu Memutihkan Wajah Dan Awet Muda

Published

on

Kena Rajin Makan Tempe Kalau Nak Wajah Putih Dan Sentiasa Muda

Dalam banyak-banyak makanan yang sedap kalau di cicah dengan sambal kicap, tempe merupakan salah satu makanan yang sedap digoreng begitu sahaja dan di cicah dengan sambal kicap.

Tempe ni kalau makan panas-panas memang best gila kot! Biasanya tempe dijual di kedai runcit atau pasaraya dengan bersalut plastik ataupun suratkhabar. Goreng pun sedap , buat sambal tempe lagi sedap!

Makanan ini sangat sinonim dengan masyarakat di Indonesia ataupun jawa. Rugi kalau korang tak suka makan tempe tau, nak tahu kenapa? Ini sebab-sebab yang korang perlu tahu:

  1. Tempe mengandungi khasiat kalsium yang sama dengan air susu. Kajian ini dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Dekan dan Professor Pemakanan Dietetik UKM. Selain itu, tempe berkesan untuk mencantikkan wajah korang.
  2. Ya, tempe mampu mencerahkan kulit wajah dan tiada kesan bahaya malah akan menampakkan korang sentiasa kelihatan muda. Kenyataan ini disahkan sendiri oleh penyelidik Kanan Pusat Penyelidik Bioteknologi Industri SIRIM.
  3. Selain itu, tempe boleh mengurangkan kolestrol, meningkatan kekuatan tulang, mengurangkan gejala monopous awal dan kandungan protein sama tinggi seperti daging.
  4. Tempe sangat bagus untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi. Kenapa? Tempe mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan dimana membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
  5. Kalau korang ada masalah cirit birit, amalkan makan tempe sebab kandungan protein yang tinggi mempercepatkan tempe untuk dicerna. Tempe juga boleh mengelakkan individu terkena keracunan makanan.
    Haaa nampak je tempe ni macam tiada khasiat kan, tapi sebenarnya banyak khasiat dan kebaikan untuk badan manusia

Sambal Tempe Ikan Bilis, Ini Resipi Paling Mudah Tapi Sedap

Sambal tempe ikan bilis ni kena buat manis-manis sikit. Selain sedap dimakan dengan nasi, boleh juga ratah macam tu je. Ada yang buat kering dan rangup dijadikan sebagai kudapan. Resipi yang dikongsikan ni sangat senang, tapi tetap sedap. Tempe ni kesukaan masyarakat jawa. Jadi kalau ada yang nak cuba, RASA berikan resipi di sini. Mudah untuk korang cuba masak sendiri. Try tau.

SAMBAL TEMPE IKAN BILIS

Bahan-Bahan

  • Minyak masak
  • Tempe (dipotong nipis)
  • Ikan bilis (digoreng garing)
  • 3 ulas bawang putih (cencang halus)
  • Cili kering (dikisar dapatkan 4 sudu besar)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • Garam secukupnya
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar gula merah

Cara membuat

Panaskan minyak masak. Goreng tempe, ketepikan. Goreng ikan bilis, ketepikan. Kurangkan minyak masak tadi. Tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing. Masukan bawang besar, garam, gula, gula merah. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap. Tutup api. Biarkan sambal ni betul-betul sejuk. Akhir sekali, gaulkan tempe dan ikan bilis dengan sambal sehingga rata. Siap. Selamat mencuba!

Sumber : media malaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement

Trending