Connect with us

KESIHATAN

Kesan Bahaya Merokok Sebaik Sahaja Berbuka Puasa

Published

on

Kesan Bahaya Merokok Sebaik Sahaja Berbuka Puasa

Pengenalan Rokok

Selalunya, rokok dijual dalam bentuk bungkusan kotak ataupun kemasan kertas yang boleh memudahkan susunan rokok ke dalam kantung. Label gambar pada kotak rokok juga ada disertakan pesanan kesihatan untuk memperingati perokok akan bahayanya rokok pada kesihatan seperti kanser paru-paru, sakit jantung, kanser leher dan banyak lagi.

Manusia pertama yang merokok di dunia adalah datangnya dari suku bangsa Asli dari Amerika. Sebab utama mereka merokok adalah untuk memanggil roh ataupun memuja dewa. Pada abad ke-16, semasa bangsa Eropah bertemu benua Amerika dan sebahagian penjelajah Eropah akan mula terikut-ikut menghisap rokok dan membawa tabiat tersebut dengan rokok tembakau ke Eropah.

Selalunya orang-orang bangsawan Eropah yang mampu merokok. lain pula bagi Bangsa Asli Amerika, mereka hanya akan merokok jika melakukan pemujaan dan bangsawan Eropah hanya merokok untuk suka-suka sahaja. Pada abad ke-17, pedagang Sepanyol pula membawa masuk rokok ke negara Turki dan bermula dari situ juga ia mula menular ke negara-negara lain termasuklah negara Islam.

Merokok Selepas Berbuka Sangat Merbahaya

Tahukah anda, tabiat merokok ini juga mampu memberikan kesan sampingan pada tubuh badan dan berisiko besar mendapat penyakit berbahayaseperti radang paru-paru dan kanser. Kuat merokok juga boleh mengakibatkan gigi bertukar warna menjadi kekuningan dan kulit wajah anda akan mula mengedut dan tua. Sangat bahaya jika anda terus merokok sebaik saja berbuka puasa ataupun bersahur.

Berikut 4 keburukan merokok selepas berbuka puasa yang harus anda ketahui.

  • 1. Radang paru-paru

Merokok semasa perut dalam keadaan yang kosong dengan makanan juga mempunyai risiko yang sangat tinggi penyakit radang paru-paru. Ini kerana kandungan nikotin yang ada dalam rokok akan menyerap masuk ke perut dalam jumlah yang lebih banyak berbanding perut yang terisi dengan makanan.

Nikotin juga memberikan kesan buruk pada tubuh badan seperti meningkatkan tekanan darah, denyutan jantung menjadi laju dan aliran darah ke jantung menjadikan pembuluh darah menjadi smepit dan tersumbat.

  • 2. Kekurangan oksigen

Selalunya orang berpuasa akan menahan lapar dan haus selama 12 jam dan tubuh badan juga memerlukan masa untuk mengantika kesemua tenaga yang telah hilang. Sekiranya anda terus merokok sebaik saja berbuka dalam keadaan perut yang kosong, itu akan menyebabkan anda rasa ingin muntah, lemah dan pening kepala secara mendadak.

Ianya disebabkan oleh kekurangan oksigen yang membuat simptom-simptom tersebut berlaku. Pada masa yang sama, ia turut menurunkan kelancaran otot dan jantung. Gas beracun juga boleh menyebabkan kadar kolesterol yang tidak sihat mengalir ke dalam darah.

Itu yang mengakibatkan darah mula menyempit dan keras. Anda kemungkinan besar terdedah mengalami penyakit strok dan sakit jantung.

  • 3. Organ dalaman tidak berfungsi dengan sebaiknya

Asap rokok semestinya mengandungi banyak kandungan nikotin, tar dan karbon monoksida yang memberikan kesan negatif dan menjejaskan aliran darah dan pada masa yang sama menurunkan kadar oksigen dalam darah. Ia juga mampu membuat perokok menjadi seorang yang kurang efisyen dan lesu serta pening.

  • 4. Penyakit Cronh

Penyakit Cronn boleh dihidapi oleh seorang perokok dan ianya akan menyebabkan berlakunya keradangan pada usus. Simptom-simptom yang akan berlaku seperti pendarahan pada usus, sakit perut yang kerap dan berulang dan juga cirit birit berpanjangan.

  • 5. Mempunyai masalah pencernaan

Kandungan asid dalam perut akan meningkat apabila ianya dalam keadaan kosong. Akhirnya ia boleh menjejaskan proses pencernaan makanan pada bahagian usus. Itu merupakan salah satu punca seorang perokok mula hilang selera makan sebaik saja berbuka puasa.

Jika anda seorang peroko yang tegar dan mempunyai simptom-simpton seperti di atas, sebaiknya anda pergi berjumpa doktor dengan segera untuk melakukan pemeriksaan lebih lanjut. Sekian petikan dari Hellodoktor.com.

sumber: bukanaku

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending