Connect with us

INSPIRASI

Kening Berubah Jadi Shin Chan, Wanita Terpaksa Ulang Alik Lebih 4,000km Untuk Mendapatkan Kening Asalnya

Published

on

Kening Berubah Jadi Shin Chan, Wanita Terpaksa Ulang Alik Lebih 4,000km Untuk Mendapatkan Kening Asalnya

Sudah menjadi lumrah bagi kaum wanita yang sentiasa mahu bergaya dan nampak cantik. Namun niat mahu memiliki kening yang sempurna dan cantik bertukar menjadi mimpi ngeri buat seorang wanita berusia 37 tahun ini.

Setelah lama merancang, seorang pakar pergigian wanita yang dikenali sebagai Crystal Weinstock dari Houston itu menjalani rawatan microblading pada keningnya di sebuah klinik.

Dia teruja untuk menjalani rawatan tersebut dan tidak sabar untuk memiliki kening yang sempurna dan cantik sepertimana dalam gambar yang ditunjukkan kepadanya. Untuk info, microblading merupakan cara separa kekal untuk membuat penampilan alis menjadi lebih penuh dan tebal.

Kos untuk rawatan microblading itu adalah sebanyak AS$340 atau lebih kurang RM1,500, dan pada sesi pertama, rawatan itu tidak berjaya kerana dia telah mengalami pendarahan.

Wanita ini mencuba lagi pada sesi kedua pada bulan berikutnya, namun pendarahan masih berlaku dan pigmen tidak melekat pada kulitnya.

“Saya datang semula menjalani sesi kedua, dan pendarahan masih berlaku dan pigmen tidak melekat pada kulit saya,” katanya.

Akibatnya, wanita ini terkejut apabila mendapati keningnya berubah menjadi lebih besar dan agak menakutkan sehinggakan anak perempuannya yang berusia 3 tahun juga takut untuk mendekatinya.

Malah keningnya turut disamakan dengan watak utama kartun Jepun yang popular iaitu Crayon Shin Chan.

Menurut wanita ini, dia hanya mahukan keningnya kelihatan penuh dan tebal tetapi bukan menjadi lebih besar.

Wanita ini kemudiannya terpaksa mendapatkan rawatan di klinik lain di California yang sejauh 4,137km dari rumahnya untuk membuang prosedur tersebut yang kemungkinan mengambil masa sehingga satu tahun untuk selesai.

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Perdana Ya.

Sumber : Team Natizen

Continue Reading
Advertisement

Trending