Connect with us

AGAMA

Kehebatan 2 Ayat Terakhir Surah Al-baqarah Jika Diamalkan Setiap Malam

Published

on

Kehebatan 2 Ayat Terakhir Surah Al-baqarah Jika Diamalkan Setiap Malam

BERKAITAN dengan surah al-Baqarah, saya perasan antara zikir yang dimuatkan dalam al-Ma’thurat ialah dua ayat terakhir surah tersebut. Bolehkah ustaz terangkan fadilatnya?

Dua ayat yang terakhir surah al-Baqarah ialah ayat 285 dan 286. Memang terdapat beberapa hadis yang menjelaskan fadilatnya antaranya sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca dua potong ayat terakhir surah al-Baqarah pada waktu malam, itu sudah mencukupi baginya.” (Riwayat al-Bukhari)

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari menjelaskan bahawa terdapat tujuh makna bagi maksud “mencukupi” dalam hadis tersebut. Justeru kedua-dua ayat ini tidak ketinggalan daripada dimuatkan dalam susunan zikir oleh para ulama seperti Hasan al-Banna dalam al-Ma’thuratnya. Manakala masyar4kat kita di Malaysia turut menjadikannya sebagai zikir harian selepas solat. Alhamdulillah.

Berikut ialah dua hadis yang menggambarkan kehebatan dua ayat tersebut:

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku telah diberi beberapa ayat penutup surah al-Baqarah daripada perbendah4raan di bawah Arasy yang belum pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelumku.” (Riwayat Ahmad)

Abdullah bin Mas‘ud menceritakan: “(Dalam peristiwa Israk dan Mikraj) Rasulullah dibawa hingga sampai di Sidrah al-Muntaha yang berada di langit ketujuh. Di situlah sebarang perkara yang dibawa naik dari bumi ditahan. Begitu juga sebarang perkara yang dibawa turun dari atasnya… dan Rasulullah diberikan tiga perkara; solat lima waktu, ayat-ayat penutup surah al-Baqarah dan keampunan bagi umatnya yang tidak menyekvtukan Allah dengan sesuatu pun.” (Riwayat Muslim)

Asbab al-Nuzul Ayat

Adakah kedua-dua ayat ini mempunyai asbab al-nuzul (peristiwa dan faktor penurunan ayat) sebagaimana ayat-ayat lain?

Ya. Imam al-Suyuti berkata bahawa ketika turunnya ayat 284 surah al-Baqarah yang bermaksud:

“Dan jika kamu melahirkan apa yang ada dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatan kamu itu”, para sahabat merasa tertekan dan keberatan.

Mereka kemudian menghadap Rasulullah dan mengadu: “Kami tidak mampu mengikut ayat ini.” Nabi bersabda: “Apakah kamu akan berkata: ‘Kami mendengar akan tetapi kami ingkar’, seperti yang diucapkan oleh dua golongan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) yang sebelum kamu?” Ucapkanlah: “Kami mendengar dan kami taat, serta ampunilah kami wahai Tuhan kami kerana kepada Engkaulah tempat kembali.”

Setelah diajarkan dan para sahabat sudah terbiasa dengannya, maka turunlah ayat 285. Kemudian setelah mereka laksanakan perintah ayat 285 tersebut pula, maka turunlah ayat 286. (Riwayat Muslim)

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya”. Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami ta’at. (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.[Al Baqarah – Ayat 285]

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung d0sa kej4hatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dengan berkata):

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan ma’afkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah d0sa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang k4f1r”.

[Al Baqarah – Ayat 286]

Makna mencukupi keduanya bagi sesiapa yang membacanya ialah mencukupi kepadanya daripada melakukan ibadah pada malam hari, atau daripada melakukan bacaan Al-Qur’an, ataupun dapat menolak keduanya kej4hatan dan benc4na sy4it4n atau manusia dan j1n, atau mencukupi untuk menambah kekuatan iqtikadnya, kerana dua ayat itu ada mengandungi makna iman dan amal secara ringkas.

Sabda Rasulullah SAW;

“Barangsiapa membaca dua ayat di akhir surah Al-Baqarah pada malam hari nescaya Allah taala akan menjaganya dari segala gangguan mu suh dan sy4it4n.”

Sabda Rasulullah SAW;

“Sesungguhnya Allah taala telah mengakh1ri surah Al-Baqarah dengan dua ayat yang mana ianya adalah perbendah4raan Allah di bawah ‘Arasy, maka belajarlah kamu akan ayat itu dan ajarkanlah ia kepada isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu. Maka sesungguhnya ia adalah solat, doa dan Quran.”

Surah Al Baqarah

Dari Abi Hurairah ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Janganlah kau jadikan rumah-rumahmu seperti ku buran, sesungguhnya sy4it4n akan lari dari rumah yang di dalamnya dibaca surat Al Baqarah.” (D1riwayatkan oleh Muslim)

Ayat Kursi

Dari Ubai bin Ka’ab ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Wahai Abu Munzir, tahukah engkau ayat manakah dalam Al Qur’an yang paling agung menurutmu?” Aku menjawab, “Allahu laailaaha illa huwalhayyul qoyyuum (Ayat Kursi)”,

Lalu beliau menepuk dadaku dan bersabda, “Semoga Allah memudahkan ilmu bagimu wahai Abu Munzir.” (D1riwayatkan oleh Muslim)

Hafal & amalkan setiap malam. Rujuk al-Quran & hayati juga maksudnya yang merupakan doa yang sangat bermakna. Semoga anda terus dalam rahmat serta pelindungan dariNya.

Sumber 1 : addeen.my / teratakemas via satkoba press

apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement

Trending