Connect with us

PETUA

Tips hebat Tanam Bayam Di Kawasan Yang Terhad Tapi Hasil Lumayan

Published

on

tanam bayam

Kaedah Tanam Bayam Di Kawasan Yang Terhad Tapi Hasil Lumayan

Bayam adalah sejenis sayuran yang mudah ditanam dan mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan. Ada dua jenis bayam yang biasa kita beli di pasar iaitu bayam hijau dan bayam merah.

Antara khasiat bayam ialah mencantikkan kulit, kuruskan badan, lambat nyanyuk dan baik untuk kesihatan mata. Bayam mempunyai zat besi yang tinggi untuk mencegah anemia, meningkatkan metabolisma, menguatkan antibodi badan, membantu fungsi otak berjalan normal serta banyak lagi khasiat lain.

Artikel kali ini saya kongsikan cara mudah tanam bayam dalam baldi sahaja, memang menjimatkan ruang, masa, wang dan tenaga. Yang tinggal di kawasan yang terhad mari cuba kaedah ini.

baca juga: Cara Tanam Bayam Brazil Dengan Keratan Batang. Sangat Mudah Dan Cepat

Berikut adalah langkah-langkah mudah tanam bayam menggunakan penapis DIY.

Tanam Bayam

1. Buat lubang pada tapis seperti dalam gambar di bawah

Tanam Bayam

2. Letak tapis dalam baldi dan ukur kedalaman. Saya guna bambu saja. Tandakan di kayu separas dasar tapis.

3. Ketepikan tapis dan tandakan bambu tadi di tepi baldi. (Rujuk gambar diatas)

Tanam Bayam

4. Tebuk yang di tanda guna paku panas. Tujuan lubang utk air overflow. (Rujuk gambar no 2 diatas)

5. Gunting filterwool mengikut lebar lubang tapis yang ditebuk. Panjang filterwool hendaklah mencecah hingga dasar baldi (gambar no 3)

Tanam Bayam

6. Masukkan air sehingga paras lubang overflow, saya guna air biasa dulu. lagi bagus yang tiada campuran klorin

7. Letakkan tapis dalam baldi. Tutup tapak tapis dengan sekeling filterwool supaya sabut tidak jatuh ke dalam air kelak. (gambar diatas)

Tanam Bayam

8. Tambah sabut basah atas filterwool dan ratakan (gambar diatas)

Tanam Bayam

9. Taburkan benih bayam keatas sabut. Kalau boleh jangan terlalu padat (gambar diatas)

Tanam Bayam

10. Spray air biasa supaya benih turut basah. (gambar diatas)

11. Tutupkan 2-3 hari guna piring pun ok supaya benih cepat cambah. (gambar diatas)

Tanam Bayam

12. Lepas benih mula bercambah, tukar air dalam baldi dengan air baja AB. (10-15ml ab+2L air)

13. Boleh terus dedahkan pada cahaya jika benih sudah mula tumbuh seperti gambar diatas.

14. Tambah air baja AB jika air berkurangan. Pada peringkat awal, sumbu baru agak kurang berfungsi. Sabut tu perlu di spray supaya sentiasa basah.

Tanam Bayam

15. Tadaa! inilah hasilnya, korang boleh la tuai bayam selepas 4-6 minggu.

Senang kan? jom cuba tanam bayam dalam baldi lepas ni. Tak perlu lagi beli sayur bayam lepas ni.

Selamat mencuba!

keterangan lain mengenai bayam boleh lihat di laman Jabatan Pertanian Pulau Pinang

Kredit: Euzie Byna via myinfoberita / Pertaniaan satu perniagaan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending