Connect with us

AGAMA

Jangan Pernah Tinggalkan Dua Amalan Sunnah Selepas Subuh Dan Maghrib Ini

Published

on

Jangan Pernah Tinggalkan Dua Amalan Sunna Selepas Subuh Dan Maghrib Ini. Sangat Rugi

Seringkali kita lihat, ramai juga yang datang berjemaah di masjid. Dan sudah semestinya ada yang solat di rumah. Tetapi terlalu ramai orang yang tidak mengetahui kelebihan-kelebihan atau fadhilat jika kekal pada kedudukan tahiyat akhir selepas solat subuh dan maghrib.

Apa yang kita lihat, selepas sahaja memberi salam, ada yang terus sahaja ubah kedudukan samada duduk bersila, duduk belunjur atau berpindah dari tempat bersolat tadi. Jika mereka nampak kelebihan atau fadhilatnya, nescaya mereka tidak akan bergerak dari situ dan tidak bercakap-cakap.

Janganlah kita tinggalkan dua amalan sunnah ini terutama selepas menunaikan solat Subuh dan Maghrib samada ketika kita bersolat di rumah atau di masjid. Amalan tersebut dibaca di dalam wirid tetapi kita masih dalam kedudukan seperti ketika tahiyat akhir.

Apakah bacaan itu? Sila baca sehingga selesai artikel ini.

Pertama : Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk tahiyat akhir dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ, يحيي ويميت, وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“ Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Kedua : Membaca sebanyak tujuh kali, sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan :

اللَّهُمَّ أَجِرْني مِنَ النَّار

“ Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka.”

Boleh juga membaca :

اللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّار

“ Ya Allah, peliharalah kami daripada api neraka.”

Apakah fadilat amalan yang pertama?

Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Nabi S.A.W bersabda, “ Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “ Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)

Apa pula fadilat amalan yang kedua?

Hadis daripada Abu Zar berkata, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah’. ” (Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: 1/306)

Imam an-Nasa’I menambah, “ Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba.”

Imam at-Tabrani menambah, “ Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000.”

*Semoga menjadi amalan dalam membolehkan kita mendapat keampunan daripada Allah S.W.T serta ditempatkan di SyurgaNya..insyaAllah

sumber:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending