Connect with us

KESIHATAN

Jangan Gosok Gigi Lepas Sahur

Published

on

Jangan Gosok Gigi Lepas Sahur

Siapa yang dengar radio Era pagi ini, mesti ada dengar suara Dr Ib Shah cerita tentang ‘tunggu 30 minit lepas makan, baru gosok gigi’.

Benda ini bukan baru, tetapi sudah diceritakan sejak 1943 lagi bila Stephean Curve diperkenalkan.

Bila kita makan, tahap keasidan di dalam mulut akan menurun sehingga pH 5.2. Tahap pH menurun disebabkan penguraian makanan yang dimakan oleh bakteria di dalam mulut.

Bila tahap asid di dalam mulut makin turun, proses ‘demineralization’ pada gigi akan berlaku. Maknanya, gigi sedang rapuh dan mudah rosak kalau kita terus memberus gigi selepas makan.

Tetapi pH yang rendah ini cuma dalam 30-60 minit sahaja. Dalam tempoh itu asid dineutralkan semula oleh air liur di dalam mulut. Itulah salah satu kepentingan air liur. Masa ini gigi kembali ‘remineralized’. Gigi jadi kuat semula. Sebab itu kita galakkan menggosok gigi selepas 30 minit.

Apa nak buat lepas makan? Memadai dengan berkumur.

So, orang akan tanya, kenapa gigi boleh berlubang?

Bila proses ‘remineralized’ lebih lambat dari ‘demineralized’. Struktur gigi tak sempat nak kuat semula, jadi rapuh balik. Jadi macam ni bila kita makan tak ingat dunia dan tak berus gigi.

sumber: iqbal rasali

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending