Connect with us

INSPIRASI

Jam 2 Pagi, Wanita Anak 6 Terdesak Cari Tempat Perlindungan Anaknya Kerana Dihalau Tuan Rumah

Published

on

Jam 2 Pagi, Wanita Anak 6 Terdesak Cari Tempat Perlindungan Anaknya Kerana Dihalau Tuan Rumah

Seorang wanita anak 6 dihalau oleh tuan rumah mereka dan dia terdesak untuk mencari tempat perlindungan untuk anak-anaknya. Kisah wanita ini dikongsikan oleh Encik Mohd Fadli Salleh yang tular di media sosial.

Pada pukul 2 pagi, seorang wanita dengan ditemani oleh seorang anaknya datang menemui seorang cikgu untuk Jam dua pagi. Seorang perempuan berusia 41 tahun ditemani anak lelakinya datang ke Kedai Awe. “Boleh saya jumpa Cikgu Fadli?” “Ada apa kak jam 2 pagi ni cari saya? Duduklah.”

Ibu tunggal anak 6 ini duduk lantas membuka cerita. Dia tinggal di Ampang. Penerima zakat Selangor sejak 3 tahun lepas.

Bulan 12 yang lepas, dia dihalau keluar rumah kerana tuan rumah ingin menjual rumah tersebut. Deposit tidak diberi semula dengan alasan ia kos mengecat dan baik pulih rumah. Satu report polis dibuat untuk dapatkan semula deposit, namun ia sekadar report yang tak boleh buat apa-apa.

Sebaik keluar rumah, zakat hentikan bayaran sewa dan minta dia cari rumah baru untuk bantuan zakat seterusnya. Lebih sebulan tidur di sana sini. Menumpang di surau, tinggal di rumah transit, Anjung Harmoni dan menumpang di rumah jiran-jiran.

Dia mencari duit untuk sewa bilik dahulu, agar anak-anak ada tempat berteduh. Anak sulungnya perempuan bakal ambil SPM tahun ni. Usia anak-anaknya 17 tahun, 16 tahun, 15 tahun, 8 tahun, 7 tahun dan yang bongsu 6 tahun.

Kesemua mereka belum sehari pun menjejak kaki ke sekolah tahun ini kerana tiada tempat tinggal dan baju-baju sekolah. Cikgu-cikgu dah mula call dan bertanya. Macamana nak mula sekolah. Tempat tinggal pun tiada. Persiapan persekolahan anak-anak apa pun tiada.

Pakaian sekolah lama, hilang (agaknya dibuang) semasa pindah rumah. Masa tu dia tinggalkan pakaian dalam plastik sampah kat tangga rumah untuk bawa anak-anak berteduh dulu. Puas turun naik mohon bantuan sana sini. Pusat zakat express ada bagi bantuan one off RM100 sahaja. Dia berhenti kerja sementara untuk urus penginapan yang sampai hari ini belum jumpa.

Ada bilik sewa harga RM350. Dia ingin menyewa bilik itu sementara mencari rumah sewa dan mohon pusat zakat bayarkan nanti, namun amaun itu dia tidak mampu sediakan.

Hari ini dia ke PV 12, jumpa kariah surau sana yang sebelum ini pernah bantu mereka katanya. Tapi malangnya permohonan si ibu tunggal ini ditolak kerana dah acap kali mereka bantu, kata ibu tunggal ini.

Maka dia dan anaknya berjalan kaki tanpa arah tuju masuk dari Setapak hingga ke Medan Idaman ni. Masuk kedai ke kedai minta bantuan. Dan salah seorang pekerja kedai tunjukkan Kedai Awe lalu berkata,

“Pergi kedai tomyam hujung sana. Cari Cikgu Fadli. InsyaAllah dia bantu.”

Maka di sini dan jam 2 pagi rezeki kami untuk berjumpa.

Tuhan atur cantik pertemuan malam ini. Sepatutnya sekitar jam 1 pagi aku beransur pulang. Namun masa aku dan bangkit dari tempat duduk untuk pulang, Mek hidangkan bubur kacang.

Duduk kembali aku menikmati bubur kacang sambil menyambung perbualan dengan Dr Wan Ahmad Faiz Marzuki dan Allan Jacho. Dan baru sahaja kami bangkit kali kedua untuk pulang jam 2 pagi, akak ini sampai bersama anaknya.

Dia tunjukkan semua bukti bahawa dia memang asnaf berdaftar dengan pusat zakat Selangor, bagi pula ic untuk kami sambil gambar sebagai pengesahan dan cross check dengan mana-mana pihak. Dia sangat terdesak mencari tempat perlindungan. 5 anak-anak lain ditinggalkan bersama jiran sebelah rumah lama.

Dan sebenarnya, ia bukan semata-mata rezeki akak ini pagi ini. Ia rezeki aku dan semua penyumbang Dana Kita untuk bantu satu lagi keluarga yang benar-benar tengah tersepit.

InsyaAllah aku akan pantau keluarga ini dari masa ke semasa. Aku akan pastikan anak-anaknya akan kembali ke sekolah semula. Persiapan persekolahan pun kami akan bantu sediakan semuanya. Dan sebaik dapat rumah baru untuk disewa, urusan zakat tu aku minta mereka selesaikan secepat mungkin.

Asas rumah seperti dapur gas, periuk nasi, tilam dan seumpamanya akan kami bantu, InsyaAllah.

Pagi Jumaat penuh barakah ini, Dana Kita terus menerus membantu mereka yang tersepit dan sangat memerlukan.

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

Update kes semalam.

Kawan aku Abang Addie Norazlie terus contact aku minta izin untuk cari rumah sewa di kawasan yang akak ni nak tinggal. Ustaz Firdaus dari team agihan zakat Saidina Umar pun terus hubungi untuk maklumat lanjut agar pihak mereka dapat bantu juga.

Dan lepas solat Jumaat tadi, Abang Addie wasap rumah dah dapat. Cantik. Fully furnished. Sewa RM750. Okey sangat dah tu area Ampang. Rujuk gambar yang aku sertakan ni ya. Aku terus call akak tu minta dia jangan sewa bilik dulu. Terus masuk ke rumah ini sahaja. Bab deposit apa semua, dah ada dana kiriman kawan-kawan.

Ustaz Firdaus pula minta maklumat lanjut untuk mudahkan beliau dan team urus bab sewa bulanan yang dibantu pusat zakat. Agar lepas masuk rumah, bulan seterusnya zakat terus bayarkan dah.

Alhamdulillah. Allah permudahkan betul urusan kali ini. Sangat lancar, sangat mudah dan ramai yang membantu. Buat kawan-kawan yang baru follow aku, kes seumpamanya kes akak ini aku handle hampir setiap hari. Cuma aku tak menulis sahaja.

Semalam ada dua keluarga aku bantu. Memasak cuma dalam periuk letrik dan lama. Tak mampu beli dapur dan tong gas. Kami bantu belikan. Yang tidur atas toto bertahun-tahun, aku belikan tilam, yang nak sangat ubah kehidupan tapi tak ada alatan, kami bantu mereka mula berniaga. Kami bagi pancing.

Cuma kami tak bagi bantuan kewangan sahaja. Itu syarat utama. Syarat kedua sasaran mesti boleh kami ziarahi untuk sahkan kes dan pastikan bantuan apa yang mereka perlu sebenarnya.

Jadi kawan-kawan, jika kalian kirim sumbangan, TOLONG jangan niatkan pada keluarga yang viral dan yang aku tulis sahaja. Disebalik satu cerita yang aku tulis, ada sepuluh lagi cerita hampir sama kesusahan mereka yang aku sorok dan bantu diam-diam.

Kalian serah pada kebijaksanaan aku untuk urus semuanya. Dana Kita secara tak formalnya, aku dah run lebih 7 tahun.

Pelbagai projek amal kami bantu. Ziarah asnaf, projek tuisyen anak yatim dan asnaf, bantuan untuk rumah orang-orang tua, bantuan barang basah tetap setiap bulan kepada beberapa buah rumah anak yatim, projek waqafan yang sentiasa berjalan, projek beri pancing, projek bantuan persekolahan, projek bantuan barang dapur, projek telekung, projek quran, projek whiteboard, projek repair rumah asnaf, bayaran sewa rumah untuk keluarga yang suami di penjara (2 keluarga), projek selamatkan anak-anak terabai dan sebagainya.

Banyak sangat yang kami run sampai tak tertulis semuanya. Bahkan sampai ke Palestine, sampai ke Mekah pun ada saluran projek amal yang aku uruskan.

Kebanyakannya berjalan tanpa kalian sedari bahawa kiriman kalian aku salurkan dalam pelbagai cabang projek amal. Yang dah lama follow aku, yang dah bertahun-tahun sokong projek kebajikan yang aku run, mereka dah faham dan maklum.

Jadi kepada followers dan kawan-kawan baru, ingat ya. Jangan niatkan kiriman kalian pada satu-satu keluarga sahaja. Kerana yang aku kongsi di sini hanya sebahagian kecil dari puluhan projek amal yang berjalan setiap bulan.

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna. Itulah #DanaKITA

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Perdana Ya.

Sumber : Saja Gempak

 

Continue Reading
Advertisement

Trending