ISU SEMASA
Istimewanya Naja, lum puh otak namun hafal 30 juzuk al-Quran

Istimewanya Naja, lum puh otak namun hafal 30 juzuk al-Quran
ALLAHUAKBAR. ALLAH maha besar. Meskipun menghidap Cerebral Palsy atau lum puh otak, namun seorang kanak-kanak dari Mataram, Indonesia dikurniakan kelebihan luar biasa di mana dia mampu menghafal 30 juzuk al-Quran.
Bukan itu sahaja, Hafiz cilik dikenali sebagai Naja, 9, juga boleh meneka dan menyambung dengan tepat surah dari mana-mana ayat sehingga ke halaman berapa.
Di dalam fikiran peserta Hafidz Indonesia 2019 ini bagaikan terhampar setiap lembaran kalam ALLAH itu.
Menurut ibu Naja, Dahlia Andayani, anaknya itu dilahirkan seperti kanak-kanak normal lain dan pada awalnya dia dan suami tidak menyedari keadaan sebenar Naja.
Bagaimanapun doktor mengesahkan Naja menghidap kelum puhan otak apabila perkembangannya tidak seperti bayi lain.
“Saya juga kagum dengan kemampuan Naja yang mampu menghafal kitab suci al-Quran dengan cepat. Malah, saya juga belum pernah mengajarnya mengaji,” katanya.
Menerusi video dimuat naik di Youtube dan kini tular di media sosial, Naja berjaya meneka surah dan membaca potongan ayat hanya berdasarkan muka surat yang diberikan salah seorang juri.
Kehebatan Naja membuatkan hakim dan semua orang yang berada di studio kagum hingga menitiskan air mata. – Tribun News
Sumber: berita harian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
VIRAL11 months ago
2 minggu anak tak makan sampai tinggal tul4ng, mak ayah bagi al4san terlalu sibuk bekerja
-
VIRAL10 months ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
KELUARGA4 years ago
Mampu Kumpul Rm12,000 Dalam Tiga Bulan. Lelaki Bergaji Rm800 Ini Kongsi Tips
-
HIBURAN4 years ago
Kerana Membeli Secara Online, Lelaki Ini Menangis Sebaik Sofa Sampai Ke Rumah
-
IKTIBAR4 years ago
“Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah”
-
INSPIRASI3 years ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
PETUA4 years ago
Inilah 5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
-
AGAMA3 years ago
Larangan Menggantung Gambar Kahwin Serta Keluarga. Ini Jawapan Mufti Wilayah