Connect with us

VIRAL

“InsyaAllah Kami Ada Perancangan Untuk Kahwin” – Shuib

Published

on

“InsyaAllah Kami Ada Perancangan Untuk Kahwin” – Shuib

Memetik Harian Metro, Shuib meluahkan rasa syukur apabila ibunya membuat penilaian positif terhadap Watie serta mahukannya segera berkahwin dengan usahawan tersebut.

Pelawak Shuib Sepahtu mendedahkan hubungan cintanya dengan usahawan, Watie Hanifiah mendapat restu ibunya, Salamiah Jalani.

“Penilaian pada dia (Watie) berlaku daripada emak saya sendiri. Emak saya yang menilai dia. Jadi bila emak menilai yang baik-baik mengenai dia, saya pun tahulah kerana saya berkawan dengan dia.

“Dah tentulah saya kuat mengatakan dia okey dan sebagainya. Kalau ikutkan emak saya, macam cepat sangat nak tengok kami kahwin. Saya yang minta dia bersabar.

BACA JUGA : Melahirkan Di Dunia, Berpantang Di Syurga. Ibu Muda Lahirkan Anak Ke 10 Meningg4l Duni4

“Insya-Allah kami ada perancangan untuk kahwin, cuma tarikhnya belum pasti. Emak fikirkan Ayash Affan sebab dia semakin membesar. Emak pun cakap tugas dia dah banyak menjaga Ayash sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Shuib berkongsikan dia tertarik dengan sikap Watie yang penyayang terutama terhadap anak-anaknya serta mempunyai ciri-ciri seperti arwah isterinya, Siti Sarah.

“Emak jaga Ayash dari kecil. Dia kata nanti bila Ayash dah besar saya boleh ambil semula. Ayash pun dah nak mula berjalan sekarang.

“Watie pun tiada masalah dengan anak-anak saya. Dia dah pernah jaga Ayash masa Ayash demam empat, lima hari. Malah semua anak saya rapat dengan dia.

“Anak-anak saya panggil dia sebagai aunty dan hubungan mereka sangat okey. Anak saya Talita sayangkan aunty. Dia hairan kenapa orang tak suka aunty padahal aunty baik,” katanya.

Dalam pada itu, anak perempuannya iaitu Talita turut mempersoalkan mengapa netizen menghakimi Watie serta tidak mengenali usahawan tersebut.

“Dia turut mempersoalkan kenapa mereka menghakimi Watie sampai macam tu padahal kita kenal dia. Saya tak paksa anak-anak cakap dan ia daripada hati mereka sendiri.

“Arwah Sarah saya dah letak di satu tempat yang paling ‘best’. Dan sampai ke hari ini pun, saya masih lagi mencari hari-hari yang saya tak ingat dia. Belum ada sampai hari ini. Tapi orang luar menilai berdasarkan pasal yang lepas atau apa, dan macam buat perbandingan. Itu tak boleh dan tak okey,” katanya.

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Perdana Ya.

Sumber : I Muslim Network

Continue Reading
Advertisement

Trending