KESIHATAN
Inilah Minuman Untuk Cuci Buah Pinggang Dan Lawas Kencing

Inilah Minuman Untuk Cuci Buah Pinggang Dan Lawas Kencing, Semoga Berkesan Hendaknya
RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.
Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.
Sistem urinari merupakan sistem perkumuhan yang penting untuk badan kita. Kalau sehari tak pergi ke tandas untuk buang air kecil tu memang tak sah la kan? Jadi, melalui perkongsian dari Puan Hafiezah Abu Zarin yang merupakan pesakit batu karang di laman Facebooknya, beliau berkongsi satu resipi mengenai minuman kesihatan yang ternyata dapat membantu mencuci buah pinggang dan pundi kencing kita. Bukan sahaja mereka yang mengalami masalah buah pinggang saja yang boleh minum, malah kita yang ingin menjaga kesihatan dari peringkat awal pun boleh minum tau. Jom cuba!
TIPS DARI PESAKIT BATU KARANG
Saya sebagai pesakit batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing . Kepada yang kencing tak lawas ,kencing rasa sakit, batu karang ,kencing kotor, apa saja lah yang berkaitan dengan buah pinggang dan pundi kencing,boleh cuba resepi ni…doktor yang bagi. Dia sangat bagus untuk cuci buah pinggang dan pundi kencing. Doktor pesan cuba amal untuk 30 hari. Sehari minum 1 kali sahaja, terpulang nak minum waktu mana.
BAHAN-BAHAN:
- 1. 1 biji epal hijau (tak payah buang kulit)
- 2. 1 inci timun (buang kulit)
- 3. 1 inci lobak putih (buang kulit)
- 4. 1 inci celery
- 5. 1 gelas air masak
Blend smua sekali, tak payah tapis. READY TO DRINK Senang saja caranya, boleh la kita cuba nanti ya. Jom jaga buah pinggang kita supaya sentiasa sihat!
4 Khasiat Epal Hijau
Khasiat Epal Hijau.Sebenarnya tak ramai yang menggemari epal hijau ini.Epal hijau berwarna kehijau-hijauan dan mempunyai rasa sedikit masam. Adakalanya epal ini mempunyai rasa yang sedikit manis dan masin.Ia dikenali sebagai Granny Smith Apple.
Tahukah anda bahawa sebiji epal mengandungi banyak khasiat buah untuk kesihatan. Bahkan epal juga digunakan sebagai buah-buahan ‘favourite’ untuk diet menurunkan berat badan. Epal mempunyai kadar lemak yang rendah, tetapi serat yang ada dalam buah epal sangat tinggi. Serat inilah yang akan membantu anda berasa cepat kenyang. Kalori bagi sebiji epal 154 g, mempunyai lebih kurang 80 kalori.
Antara Khasiat Epal Hijau
1. Mengatasi Masalah Sembelit
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem penghadaman. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
2. Kaya Dengan Sumber Mineral Dan Vitamin
Buah ini kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan seta mengandungi Vitamin A, B dan C. Sumber ini membantu meningkatkan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas selain membantu mengekalkan kulit berseri dari dalam.
3. Mengandungi Karbohidrat
Epal hijau juga kaya dengan karbohidrat iaitu dengan anggaran 22 g per 154 g epal. Seperti yang kita tahu, karbohidrat adalah sumber bahan api utama badan anda. Karbohidrat yang ditambah dengan serat dapat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan.
4. Makanan Tinggi Serat
Sebiji epal mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat membantu penyerapan dan penghadaman di dalam tubuh badan manusia. Hal ini dapat mengelakkan seseorang daripada sembelit atau sukar membuang air. Serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan. Selain itu, epal hijau jug mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan ‘diaretic’.
Ternyata, epal hijau mengandungi antioksidan yang tinggi dan ia juga dapat membantu menurunkan kadar kolestrol jahat. Rendahnya kolestrol jahat ini akan melindungi anda daripada pelbagai penyakit. Antaranya, penyakit jantung, mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi, menstabilkan gula dalam darah serta sebagai agen anti kanser.
Sumber: Hafiezah Abu Zarin Pijahjeff
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
VIRAL10 months ago
2 minggu anak tak makan sampai tinggal tul4ng, mak ayah bagi al4san terlalu sibuk bekerja
-
VIRAL10 months ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
KELUARGA4 years ago
Mampu Kumpul Rm12,000 Dalam Tiga Bulan. Lelaki Bergaji Rm800 Ini Kongsi Tips
-
HIBURAN4 years ago
Kerana Membeli Secara Online, Lelaki Ini Menangis Sebaik Sofa Sampai Ke Rumah
-
IKTIBAR4 years ago
“Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah”
-
INSPIRASI3 years ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
PETUA4 years ago
Inilah 5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
-
AGAMA3 years ago
Larangan Menggantung Gambar Kahwin Serta Keluarga. Ini Jawapan Mufti Wilayah