INFORMASI
Inilah Masjid Yang Berada Pada 1700 Meter Di Dalam Perut Bumi

Subhaanallah… Masjid berada 1,700 meter di dalam perut bumi…
Masha ALLAH, inilah Masjid yang terletak 1,700 meter dari permukaan bumi, mungkin yang terdalam di dunia. Masjid adalah tanda syiar Islam, di mana ada masjid, maka itu tanda di situ ada umat Islam. Maka, di mana-mana pun umat Islam tinggal, semestinya di situ ada masjid.
Inilah yang digambarkan apabila terbinanya Masjid Baabul Munawwar yang terletak pada kedalaman 1,700 meter dari permukaan bumi. Masjid Baabul Munawwar yang membawa maksud ‘pintu tempat cahaya’ dibina untuk kegunaan pekerja PT Freeport Indonesia melakukan ibadat, terutama sembahyang tanpa perlu naik ke atas permukaan bumi.
Tentu sekali kewujudan masjid di bawah permukaan bumi itu adalah manifestasi kepada betapa masjid wujud di mana-mana sekali pun untuk memberi peluang umat Islam mengunjungi rumah Allah itu biarpun berada jauh di perut bumi.
PT Freeport adalah pengendali lombong yang menghasilkan tembaga, emas dan perak terbesar di Indonesia yang terletak di Tembagapura, Timika, Papua. Masjid Baabul Munawwar dirasmikan pada Jun 2016 itu cukup bermakna kepada pekerja yang beragama Islam bagi membolehkan mereka melakukan ibadat dalam persekitaran yang selesa.
Masjid tersebut telah direkodkan sebagai masjid yang dibina pada kedalaman perut bumi paling dalam di Indonisia, bahkan di dunia. Masjid memberi manfaat kepada pekerja bahagian operasi lombong bawah tanah seperti mekanik, operator pembinaan, elektrik dan instrumen.
sumber; islamikmedia via kalamindah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI3 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA2 months ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI3 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.