Connect with us

KESIHATAN

Inilah Khasiat Bunga Telaga Yang Ramai Tak Tahu

Published

on

Inilah Khasiat Bunga Telaga Yang Ramai Tak Tahu. Lepas ni Mesti Nak Tanam Di Rumah

Bunga telang atau nama saintifiknya Clitoria Ternatea merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Fabaceae. Tumbuhan ni amat jarang ditemui, memang wajib korang tanam depan rumah sebab banyak khasiatnya.

Tumbuhan ini mudah ditanam melalui keratan batang atau dari biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pagar ataupun sebagai tanaman dalam pasu. Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun tanpa musim.

Cara menyemainya ialah biji benih perlu direndam dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam pasu atau tapak semaian. Biasanya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari.

Cara untuk menanam dari keratan batang pula ialah perlu semai dalam pasir yang lembap dan pastikan sentiasa lembab. Tumbuhan ini perlu selalu dicantas atau pruning untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.

Jom ketahui manfaat bunga telang yang masih ramai tidak tahu.

1. Meningkatkan kewanitaan

Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran s3ksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’. Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tumbuhan ini dipercayai mempunyai pengaruh kepada sistem pembiakan wanita. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit s3ksual, seperti ketidaksuburan, gonoria, membetulkan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak atau menaikkan nafsu s3ksual.

Terdapat juga kepercayaan dulu-dulu yang mengatakan bahawa untuk mengelakkan keguguran, batang kacang telang ini dililitkan pada pinggang perempuan yang sedang mengandung. Sama ada berkesan atau tidak, kaedah ini tidak dapat dibuktikan.

Untuk membetulkan kitaran haid, ambil akar dan bunganya kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih. Rebus bersama sedikit gula dan diminum ketika suam.

Jom kami kongsikan resepi teh bunga telang yang boleh diminum untuk penjagaan dalaman wanita.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Segenggam Bunga Telang
  • Segelas Air Panas
  • Gula secukup rasa
  • 1/2 biji limau nipis

Cara Membuat:

Masukkan segenggam bunga telang ke dalam gelas. Kemudian, masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 hingga 7 minit. Setelah airnya bertukar warna biru pekat, tapiskan bunga telang tersebut. Akhir sekali, masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa. Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa yang amat menyegarkan.

2. Mengecutkan jerawat

Ambil beberapa helai daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada muka yang berjerawat. Biarkan selama 30 minit kemudian bersihkan.

3. Melebat dan menghitamkan rambut

Kacang telang dipercayai amat bermanfaat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut serta dapat menyuburkan kulit kepala. Caranya, ramas bunga telang didalam segayung air, cuci rambut seperti syampu dengan air ramasan tadi.

4. Kuruskan badan

Teh herba bunga telang juga membantu anda detox untuk menguruskan badan. Caranya minum air bunga telang setiap pagi untuk detox.

5. Menghilangkan sakit kepala

Bunya telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah ambil beberapa keping bunga telang, masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur.

6. Mencuci darah kotor

Amalkan meminum rebusan Air bunga telang setiap hari kerana ia sangat baik untuk diamalkan untuk mencuci darah yang kotor.

7. Merawat cirit-birit

Air rebusan bunga telang juga mampu boleh merawat cirit-birit. Amalkan minum air rebusan setiap hari selama seminggu.

8. Mengatasi masalah sembelit

Caranya hancurkan biji kacang telang hingga menjadi serbuk dan bancuh dengan air kemudian minum.

9. Membuka selera makan

Bagi anda yang tiada selera makan, amalkan memakan daun telang bersama nasi. Ia akan membuka selera makan anda.

10. Merawat ulser mulut

Caranya ialah rendam bunga dan kacang telang air panas. Minum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.

11. Insomnia

Air rendaman bunga telang juga dikatakan mampu merawat insomnia. Amalkan meminum setiap hari untuk menyembuhkan Insomnia.

12. Mengubati bisul

Caranya hancurkan daun pokok bunga telang kemudian tampal pada bisul untuk mengubatinya.

13. Mengubati sakit mata

Caranya ialah rendam bunga telang dalam 1 gelas air kemudian gunakan air rendaman tersebut untuk mencuci mata. Amalkan setiap hari sehingga mata sembuh.

14. Merangsang memori dan kebijaksanaan

Kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam di India yang telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan seseorang.

15. Mengurangkan gejala asma

  • Rebus akar bunga telang dan amalkan meminum sebagai teh boleh mengurangkan gejala asma.

16. Mengubati batuk

  • Akar bunga telang juga dikatakan dapat mengubati batuk.

17. Mengubati bronkitis

  • Rebus 40-60 gram akar bunga telang dengan 5 gelas air sampai tinggal separuh.
  • Minum 1 gelas 2 kali waktu pagi dan waktu malam.

18. Mengubati sakit telinga

  • Caranya ambil beberapa helai daun telang, ramas dalam air dan campur garam.
  • Kemudian sapu pada telinga yang mengalami sakit.

19. Mengatasi stress

Kandungannya yang bersifat anti depresan yang ada di dalam bunga ini mampu memberikan ketenangan dan rasa damai yang mampu mengatasi stress. Amalkan meminum air rebusan setiap hari.

Sumber: myinfoberita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending