KESIHATAN
Inilah Khasiat Air Rebusan Daun Sirih Apabila Diminum

Inilah Khasiat Air Rebusan Daun Sirih Apabila Diminum
Nak sihat, nak cantik luaran dan dalaman tak susah sebenarnya. Tak perlukan kos yang mahal-mahal pun, yang penting kena RAJIN. Guna bahan-bahan semula jadi seperti Daun Sirih pun dah boleh cantik dan sihat. Punyalah banyak khasiat Daun Sirih yang mungkin kita tak tau atau pandang ringan manfaatnya. Menerusi perkongsian Perunding Jamu, Norliza Mohd Salleh beliau berkongsi manfaat air rebusan daun sirih ini.
Sirih termasuk salah satu herba paling berkhasiat yang pernah dikenal manusia. Tanaman yang tumbuh menyulur dan memiliki daun lebar ini kaya akan kandungan saponin, tannin, eugenol, dan berbagai jenis minyak esensial. Kandungan-kandungan tersebut menjadikan manfaat daun sirih bagi kesehatan tubuh begitu kaya.
Daun sirih dikenal akan sifat anti-septik, anti-inflamasi, dan pendingin kulit. Khasiatnya tak terbatas di permukaan tubuh. Jika dimakan atau diminum air rebusannya, manfaat daun sirih juga akan terasa untuk organ-organ tubuh.
Khasiat dan 10 Petua Dari Daun Sirih
- Membantu Masalah Resdung- Sedut air rebusan sirih perlahan-lahan beberapa kali dan amalkan setiap hari.
- Pencuci Dan Penyegar Muka- Basuh atau cuci muka dengan air rebusan daun sirih pada setiap pagi. Ia juga boleh membantu mengurangkan jerawat.
- Mencegah Bau Ketiak- Rendam 2-3 helai daun sirih dalam setengah gelas air panas. Masukkan 1 sudu teh gula dan biarkan suam-suam kuku. Asingkan daun sirih kemudian diminum. Amalkan 2-3 kali seminggu.
- Menyegarkan Dan Mencegah Bau Badan= Rebus daun sirih secukupnya untuk dibuat mandian.
- Ubat Bisul Dan Bengkak- Ambil beberapa helai daun sirih, sedikit gambir dan kapur. Tumbuk sehingga lumat dengan sedikit air. Kemudian sapukan di sekeliling bisul tersebut. Biarkan sehari semalam. Ulang sehingga pulih.
- Membantu Masalah Wanita- Ambil daun sirih secukupnya dan direbus bersama garam kasar dan buah manjakani. Gunakan air rebusan daun sirih yang masih suam untuk dibuat cebok atau membersihkan alat sulit.
- Hidung Berdarah- Ambil sehelai daun sirih, diramas sehingga lembut kemudian sumbatkan ke dalam lubang hidung. Dongakkan sedikit kepala dan bernafas seperti biasa. Selang beberapa minit pendarahan akan berhenti.
- Masalah Gusi Dan Bau Mulut- Kunyah daun sirih sehingga lumat dan berkumur-kumur sehingga bersih dari sisa-sisa sirih. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
- Masalah Batuk- Minum setengah cawan air rebusan sirih setiap malam sehingga masalah batuk berkurangan.
- Tangas basah sirih- Rebus sirih +asam gelugor+garam+ manjakani. Wap rebusan dijadikan tangas.
Sumber:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
VIRAL10 months ago
2 minggu anak tak makan sampai tinggal tul4ng, mak ayah bagi al4san terlalu sibuk bekerja
-
VIRAL10 months ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
KELUARGA4 years ago
Mampu Kumpul Rm12,000 Dalam Tiga Bulan. Lelaki Bergaji Rm800 Ini Kongsi Tips
-
HIBURAN4 years ago
Kerana Membeli Secara Online, Lelaki Ini Menangis Sebaik Sofa Sampai Ke Rumah
-
IKTIBAR4 years ago
“Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah”
-
INSPIRASI3 years ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
PETUA4 years ago
Inilah 5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
-
AGAMA3 years ago
Larangan Menggantung Gambar Kahwin Serta Keluarga. Ini Jawapan Mufti Wilayah