Connect with us

INFORMASI

Ini Yang Berlaku Jika Anda Minum Air Kosong Sejurus Bangun Tidur

Published

on

Ini Yang Berlaku Jika Anda Minum Air Kosong Sejurus Bangun Tidur

Seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Azman Ismail memberi penjelasan tentang apa yang akan berlaku jika minum air sejuk sejurus bangun pagi. Ramai diantara kita yang mengamalkannya tetapi tidak mengetahui apa sebenarnya khasiat dan manfaatnya.

Menurut beliau, badan kita mengandungi satu molekol yang penting untuk kesihatan iaity Nitric Oxide (NO) yang bertindak untuk mengawal tekanan darah, sebagai neurotransmitter, anti penuaan, antioksidan, antiradang dan banyak lagi.

Bakteria tertentu dalam rongga mulut dan hidung kita menghasilkan NO secara semulajadi terutamanya ketika kita tidur dan NO yang terhasil akan terkumpul di dalam air liur. Dan jika kita bangun dari tidur dan minum air sejuk, NO di dalam air liur akan dibawa masuk kedalam perut kosong sekaligus diserap ke dalam peredaran darah.

NO adalah sangat penting untuk kesihatan jantung manusia. Sebenarnya ubat pencuci mulut akan menghapuskan bakteria pembuat NO di dalam rongga mulut. So lepas ni bangun terus minum air ok jangan gosok gigi dulu.

Di bawah ini  antara lain 10 kebaikan minum air kosong atau air putih pada waktu perut kosong, contohnya ketika bangun awal pagi.

  1. MEMBANTU BUANG KOTORAN – Perbanyakkan minum air kosong setelah bangun tidur untuk membuang kotoran dari dalam tubuh. Ia juga dapat melawaskan pembuangan air besar pada waktu pagi.
  2. MENGELUARKAN RACUN DARI TUBUH- Selain itu, kebiasaan minum air kosong dapat mengeluarkan racun dari dalam tubuh. Amalan ini juga lebih berkesan jika perut anda masih kosong.
  3. GALAK MAKAN SARAPAN- Sarapan merupakan waktu makan yang penting. Namun adakalanya anda tidak merasa lapar pada waktu pagi. Amalan minum air kosong setelah bangun tidur dapat membuat anda berasa lapar dan bersarapan.
  4. BERSIHKAN USUS- Usus anda juga perlu dibersihkan. Cara yang paling berkesan adalah dengan minum air kosong sesegera mungkin pada waktu pagi. Minum Air Kosong Sewaktu Perut Kosong, Inilah 10 kesan Dan Manfaatnya kepada Tubuh Kita – teamnetizen.com
  5. LEGAKAN SAKIT KEPALA- Sering sakit kepala setelah bangun tidur? Itu mungkin tanda dehidrasi atau kekurangan cecair dalam tubuh. Anda boleh minum air kosong untuk melegakannya.
  6. TINGKATKAN SISTEM METABOLISME- Minum air kosong terutamanya air suam pada waktu pagi dapat membantu meningkatkan sistem metabolisme. Ini dapat memberi tubuh anda kemampuan untuk menyerap dan mencerna makanan dengan lebih cepat agar tidak mengakibatkan kegemukan.
  7. RANGSANG PERTUMBUHAN SEL DARAH MERAH- Minum air kosong sewaktu perut kosong dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah dengan lebih cepat. Ini juga dapat membuat anda lebih bertenaga.
  8. LANGSINGKAN TUBUH- Jika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, langkah pertama yang harus anda lakukan adalah untuk minum banyak air kosong pada waktu pagi. Selain lemak yang dinyahkan, sistem metabolisme tubuh juga akan meningkat.
  9. CERAHKAN KULIT- Tahukah anda bahawa salah satu rahsia untuk memiliki kulit cerah bersinar adalah dengan minum air kosong? Ini kerana proses menyahkan toksin mampu membersihkan jerawat dan lemak lainnya di kulit.
  10. TINGKATKAN SISTEM DAYA TAHAN TUBUH- Malah, minum air kosong di pagi hari turut bermanfaat untuk meningkatkan sistem daya tahan tubuh. Hasilnya, anda juga akan terhindar dari pelbagai jangkitan penyakit.

Itulah beberapa kebaikan dan manfaat yang kita kaan dapat apabila mengamalkan minum air kosong terutamanya pada waktu pagi semasa perut masih kosong.

Credit: SinarFM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement

Trending